Di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Fayad Gojez berkongsi satu kisah dukanya yang baru sahaja kehilangan wang sebanyak RM50 ketika mengisi minyak namun telah menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Buat Main Perkara Begin’ – Nabil Ahmad Kesal Gaya Angkat Jari Satu Dikaitkan Dengan Curang
Artikel Berkaitan: Erna Elliyana Kongsi Doa Menjaga Nasab, Pesan Suami Tak Boleh Kedekut Duit Untuk Isteri Melawa
Kehilangan wang
Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut turut menceritakan kronologi kejadian yang menimpanya itu secara terperinci.
Di sebalik kisah sedih itu, dia juga berkongsi mengenai insan berhati mulia iaitu pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang dikirimkan Allah untuk membantunya.
Nak jadikan cerita, hari itu saya ke rakaman raya untuk sebuah program televisyen dan dalam perjalanan ke studio itu saya sedih sebab baru kehilangan RM50 semasa pam minyak.
Orang kaya boleh lah cakap “Alaa RM50 pun je pun nak sedih”. Tapi saya hargai walaupun sepuluh sen sebab ia hasil titik peluh saya sendiri. Kemudian saya pun cuba halalkan dan berlapang dada. Teruslah ke studio yang hosnya adalah Haji Nabil.
Nak tahu tak, dalam banyak orang di rakaman itu, Allah pilih saya untuk Haji Nabil sedekah RM100 tunai. Betapa baiknya Allah, kita sahaja selalu bersangka buruk. Allah salurkan duit itu kepada Haji Nabil untuk beri kepada saya.
Ucap terima kasih
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Nabil kerana ikhlas memberi sedekah kepada orang lain.
Alhamdulillah, terima kasih Nabil sebab sedekah dan dia ikhlas sangat beri pada hari itu, patutlah dia murah rezeki. Ini rupanya amalan dia.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan perkongsian itu malah turut mendoakan agar pengacara MeleTop itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Video
@fayadgojez Nak jadi cerita, Ituhari saya ada ke rakaman raya untuk sebuah program di astro dan masa dalam perjalanan ke studio tersebut saya dalam kesedihan sebab rm50 saya hilang semasa pam minyak? orang kaya boleh lah cakap “Alaaaa rm50 jee punnn nak sedih” tapi saya hargai walapun seposen, sebab ia hasil titik peluh saya sendiri, kemudian saya pun cuba halal kan dah berlapang dada, teruslah ke studio program yang host nya adalah Haji Nabil, nak tahu tak? Dalam banyak orang dekat rakaman masa tu, Allah pilih saya untuk Haji Nabil sedekah RM100 cash? Ya Allah tergamak masa dia kasi ituhari, saya hanya meminati dia dan tidak kenali dia, tapi hati dia agaknya tergerak nak kasi dekat saya?? masa dia beri tu, terus saya teringat “Ya Allah, tuhan ganti semula duit saya yang hilang tadi” Betapa Baiknya Allah? kita je selalu bersangka buruk? Allah salurkan duit itu kepada Haji Nabil untuk kasi kat sayaaa?? Alhamdulillah, terima kasih nabil sebab sedekah dan dia ikhlas sangat beri ituhari, patutlah dia murah rezeki kannn, macam ni rupanya amalan dia #InspirasiRamadan #Ramadan #esekeliaq #Tiktok #esekeli #esekeliaqqqqq #fyp? #contentcreator #NabilSedekahRm100
Sumber: Fayad Gojez