berita

Hilang Sejak 1 Ramadan, Mayat Di Lereng Bukit Mungkin Milik Warga Emas 85 Tahun

May 16th, 2019 | by faris
Kini Trending

Kehilangan warga emas Ramli Ilong berusia 85 tahun tidak dapat dikesan sejak 1 Ramadan lalu menemui jalan buntu. Ramli hilang selepas keluar dari kediaman anaknya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, 6 Mei lalu ketika sedang bersiap mahu berbuka puasa di masjid berhampiran rumah mereka.

Harian Metro melaporkan penemuan satu mayat dipercayai Ramli di lereng bukit dekat Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Dipercayai terjatuh lereng bukit

Foto hiasan

Mangsa dipercayai terjatuh di lereng itu lebih seminggu lalu dan ditemui orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Anak mangsa, Rashida Ramli berkata, pihaknya sudah diberitahu mengenai penemuan mayat terbabit.

Berdasarkan pakaian iaitu baju Melayu kuning dan seluar gelap yang ditemui pada mayat, kami percayai ia adalah ayah kerana itulah pakaian yang dipakai sebelum hilang.

Dihantar ke Hospital Sungai Buloh

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan mengenai penemuan itu yang  dikaitkan dengan warga emas yang dilapor hilang sejak sebelas hari lalu.

Mayat sudah dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Malah, kita juga sudah meminta keluarga Ramli Ilong yang hilang bagi pengecaman,” katanya ketika dihubungi.

Cucu sahkan penemuan

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×