berita

Hilang Selama 3 Hari, Mayat Wanita Dijumpai Dalam Keadaan ‘Mencurigakan’, Pihak Polis Syak Angkara…

April 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Misteri kehilangan seorang wanita, Jeminten, 48, yang dilaporkan hilang pada 1 April yang lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya dijumpai selepas tiga hari (4/4/2022) di Sungai Brantas, Indonesia.

Hilang selama tiga hari

Foto: Tribun News

Menerusi laporan media tempatan, mangsa dipercayai dicampak ke dalam sungai dalam keadaan masih hidup dan pihak polis mengesyaki wanita ini adalah mangsa pembunuhan. Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan meniarap dan hanya memakai seluar dalam.

Tangan mangsa ketika itu diikat dengan satu tali plastik berwarna biru dan terdapat luka terbuka sepanjang 21 sentimeter pada bahagian perutnya, dipercayai akibat objek tajam. Ujar Ketua Polis Siasatan Jenayah Tulungagung, AKP Agung Kurnia Putra, organ pernafasan mangsa dipenuhi dengan air bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa ketika itu sama ada sedar atau pun tidak.

Paru-paru mangsa dipenuhi air. Disyaki inilah yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Namun tiada sebarang kecederaan serius yang dialami oleh mangsa.

Anak saudara tampil menceritakan

Foto: Tribun News

Mengulas lebih lanjut, anak saudara kepada mangsa, Rinda Hendanda menceritakan perkara yang aneh sebelum insiden malang itu berlaku. Pada 30/3/2022 mangsa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada majikannya berikutan mahu menziarahi kubur dan selepas itu dia sama sekali tidak pergi ke kerja.

Pada 1/4/2022 mangsa masih berada di rumahnya namun pada keesokan harinya telefon bimbitnya sudah lagi tidak aktif. Susulan daripada itu, jiran kepada mangsa bertindak melaporkan kepada ahli keluarganya berikutan Jeminten tidak pulang ke rumah.

Keluarga tidak mengesyaki, kerana sangka dia bekerja seperti biasa.

Rumah mangsa juga dikatakan berada dalam keadaan bersepah dan dia tinggal seorang diri berikutan sudah berpisah dengan suaminya sejak dua tahun yang lalu.

Kini pihak polis telah mendapatkan keterangan daripada tiga individu termasuklah bekas suami Jeminten.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×