Gambar sekadar hiasan
Seorang penuntut doktor falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu telah ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Buruh Binaan Maut Jatuh Dari Menara Masjid Disyaki Akibat Mengantuk
Artikel Berkaitan: Bayi Maut Dipercayai Dihempap Abang Berusia Lima Tahun
Gagal dikesan ahli keluarga
Memetik laporan Kosmo, mendiang dikenali sebagai Jordan Anak Maria, 32, merupakan seorang guru yang tiba di Semenanjung pada 21 Februari lalu untuk menyiapkan tesisnya dalam bidang Politik dan Kerajaan.
Difahamkan, kali terakhir mangsa dijejaki adalah ketika membuat laporan polis di Balai Trafik Polis, Ipoh kerana terlibat dalam satu kemalangan kecil. Seterusnya, mangsa dikesan membuat laporan berhubung kehilangan dokumen di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pada keesokan harinya sekitar jam 3.46 pagi.
Bagaimanapun, sejurus itu, mangsa telah hilang tanpa jejak dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga sehinggalah berita mengenai kematian mangsa akhirnya diterima, kelmarin.
Kali terakhir berhubung, dia ada beritahu yang dia terlibat dalam kemalangan kecil dan ingin membuat laporan polis di Ipoh. Saya ada beritahu dia untuk hubungi saya semula selepas itu, tetapi tiada.
Sejak 26 Februari itu, mendiang hilang tidak dapat dijejaki. Kami telefon rakan-rakannya pun, tetapi tiada seorang pun yang tahu. Kami ahli keluarganya sedia maklum mendiang dalam keadaan kurang sihat dan stress sebagai seorang pelajar. Tetapi tidak tanya lebih-lebih sebab ingin hormati privasi dia.
Disebabkan oleh positif Covid-19, kami (ahli keluarga) tidak dapat melihat jasad mendiang sebab prosedur yang telah ditetapkan. Namun tetap berharap walaupun abu mendiang, dapat dibawa semula ke Miri, Sarawak.
Sumber: Kosmo