Masyarakat Melayu dan ketaksuban untuk mendapatkan kulit cerah telah menjadi isu yang berlarutan sejak dahulu lagi. Lihatlah di media sosial, betapa banyaknya peniaga yang mengiklankan produk pemutih yang disasarkan untuk mereka yang menginginkan kulit cerah idaman.
Bukan sahaja wanita, malahan lelaki juga meletakkan kecantikan wanita itu pada warna kulitnya. Lebih cerah, maka lebih cantiklah seseorang itu.
Kekasih malu sebab tak putih
Seorang gadis di Twitter meluahkan apa yang perlu dihadapinya apabila mendapat kekasih yang mahukan teman wanita berkulit putih. Tambah menyakitkan hati, lelaki itu berkata dia cemburu dengan rakannya kerana mempunyai teman wanita putih namun dia tidak punya apa untuk dibanggakan.
Ingat you trofi ke?
Netizen ternyata bengang dengan perbualan Whatsapp yang dimuatnaik gadis itu dan mencadangkan dia supaya meninggalkan lelaki berkenaan untuk kebaikan dirinya.
Boleh suruh kahwin dengan kertas A4
Pergi bercinta dengan taugeh
Nak awek putih couple dengan bihun
Tinggalkan lelaki sebegitu
Sumber: Fatini