berita

Hip Hop Pertama Kali Dipentaskan Di Istana Budaya, Konsert #Havoc Janji Persembahan Terkawal

May 9th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Havoc-Press-Conference-23

Mungkin ramai yang dah lama menantikan persembahan muzik genre Hip Hop di Istana Budaya tetapi masih belum dapat merealisasikan impian terpendam mereka, betul tak?

Tetapi kini para penggemar Hip Hop boleh tersenyum gembira apabila pihak Istana Budaya mengumumkan akan mengadakan konsert #Havoc @ Istana Budaya buat julung kalinya.

Untuk pengetahuan anda, #Havoc @ Istana Budaya bakal menggabungkan tiga penyanyi Hip Hop terkenal iaitu Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne di atas satu pentas pada malam bersejarah tersebut.

Havoc-Press-Conference-26

Altimet, Joe Flizzow & SonaOne pecah tradisi Hip Hop buat persembahan di IB

Namun memandangkan muzik Hip Hop agak energetik seperti genre Rock berbanding muzik yang lain, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani tetap memberi jaminan bahawa pengunjung yang hadir akan tetap berdisiplin dan terkawal.

Memang selama ini kami agak tegas dalam kelulusan persembahan di Istana Budaya. Sama seperti Rock, Hip Hop juga mempunyai golongan pengikut yang luarbiasa dan adakalanya sukar dikawal. Namun untuk persembahan #Havoc @ Istana Budaya ini saya percaya Joe Flizzow mampu mengawal penonton yang hadir.

Dalam pada itu, Joe Flizzow yang ditemui sewaktu sidang media semalam melahirkan rasa teruja kerana Hip Hop akhirnya dapat dipentaskan di tempat ikonik seperti IB selepas sekian lama.

Bagi pihak Altimet dan SonaOne, kami rasa bertuah kerana dijemput membuat persembahan di pentas berprestij ini. Dan saya rasa tanggungjawab terbesar kami adalah untuk menukar pandangan skeptikal masyarakat terhadap muzik Hip Hop.

Kepada anda yang ingin menonton persembahan Joe, Altimet dan SonaOne di IB, anda boleh mendapatakan tiket yang dijual bermula dari RM100, RM180, RM220, dan RM380 di Ezitix, TicketPro serta Istana Budaya Box Office.

SKIP THIS AD ×