berita

Tak Mampu Bayar Kos Pengebumian, Bapa Simpan Jenazah Bayi Dalam Peti Sejuk

July 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang lelaki yang berasal dari negara seberang, Indonesia mengambil keputusan menyimpan mayat bayinya di dalam peti sejuk akibat daripada masalah kewangan yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Dua Bayinya & Mayat Disimpan Dalam Peti Sejuk

Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Simpan Mayat Anak Selama Tiga Bulan

Artikel Berkaitan: Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Hukuman Penjara 6 Tahun Pengasuh Adam Rayqal Kekal

Tiada duit

Menerusi laporan Tribun News, bayi milik pasangan suami isteri itu meninggal dunia ketika berada dalam kandungan yang berusia lapan bulan.

Difahamkan, keadaan yang memaksa seorang bapa untuk bertindak sedemikian kerana kos untuk menguruskan pengebumian jenazah anaknya tidak mampu dibiayai.

Penduduk di Ciledug, Kota Tangerang, Banten, Indonesia menemui mayat bayi itu di dalam peti sejuk dengan keadaannya sudah membeku.

Walau bagaimanapun, mayat bayi tersebut selamat dikebumikan pada Selasa lepas setelah berada di dalam peti sejuk sejak Ahad.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×