berita

HOPE EcoWorld Solusi Terbaik Untuk Korang Yang Nak Memiliki Rumah Pertama. Serius Berbaloi!

January 30th, 2019 | by Mastura
Kini Trending

Emm.. Cantiknya rumah tu, bila agaknya aku mampu nak beli rumah sendiri ni?

Memiliki rumah sendiri pastinya jadi impian semua orang. Tapi dengan kenaikan kos sara hidup ramai antara kita memilih untuk menyewa atau duduk dengan mak ayah.

Korang tau tak, sebenarnya ada banyak skim perumahan yang boleh membantu korang untuk beli rumah pertama? Haa.. Ni kami nak share sikit pasal kempen HOPE* daripada EcoWorld. 

Kempen HOPE* untuk korang yang nak miliki rumah sendiri!

Kalau korang nak tau, baru-baru ni EcoWorld ada melancarkan program, HOPE* (Home Ownership Programme with EcoWorld) tau.

Program ni untuk tolong selesaikan pemilikan kediaman korang dengan menyediakan kediaman yang lengkap dan komprehensif terutamanya korang yang first time nak beli rumah tu.

Macam mana nak dapatkan rumah dengan HOPE*?

Program HOPE* ni tawarkan dua kaedah pemilikan rumah iaitu Help2Own (H2O)* dan Stay2Own (S2O)*.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia, Datuk Chang Khim Wah program HOPE* membolehkan korang sebagai pembeli untuk memilih projek kediaman terpilih dari EcoWorld.

Lebih ramai mampu memiliki rumah lepas ni. Bestnya!

Melalui Help2Own* atau H2O* kaedah ini menyediakan installment plan dalam perjanjian pinjaman gadai janji yang sangat fleksibel untuk menjadikan pemilikan rumah  lagi mudah dan lebih murah.

S20* tawar kos permulaan yang rendah!

Stay2Own(S2O)* pula merupakan kerjasama EcoWorld dan Maybank yang bertindak sebagai perantara kepada proses pemilikan hartanah dengan membeli kediaman dan kemudian menyewakannya kepada bakal pembeli. S2O* ni adaptasi daripada produk HouzKEY yang ditambah baik dengan penambahan pelbagai ciri baru.

Berkonsep sewa-milik, korang boleh menyewa rumah idaman sehingga 5 tahun sebelum buat keputusan untuk membeli rumah tu. Ini apa yang korang kena tahu tentang program S2O*.

  • Kos deposit permulaan yang rendah: Deposit sewa 3 bulan (dikembalikan)
  • Sewa bulanan yang murah: Mengikut harga sewa pasaran
  • Tinggal dulu, bayar kemudian: Tinggal di rumah idaman korang sehingga 5 tahun sebelum buat keputusan untuk membeli.
  • Simpanan melalui sewaan: Sehingga 30 peratus sewaan yang korang bayar boleh ditukar kepada simpanan bila korang buat pilihan untuk membeli.
  • Kunci harga rumah daripada price fluctuation: Pembeli boleh mengunci harga kediaman yang ingin dibeli dalam tempoh 1 hingga 5 tahun.

Program ni bukan je bagi peluang kepada golongan muda yang nak beli rumah,  tapi kalau korang yang nak tambah hartanah pon boleh join program S2O* ni. Dengan syarat korang hanya ada satu pinjaman perumahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen HOPE* ni, korang boleh terus ke laman sesawang EcoWorld. Jangan lepaskan peluang ni!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×