Sebelum ini, tular sepotong video yang dikongsikan penyanyi dan usahawan, Datuk Ifa Raziah, apabila niatnya untuk bersalam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian selepas ditolak ahli Parlimen Tambun tersebut.
Artikel berkaitan: Teruja Nak Salam Anwar Ibrahim, Pelawaan Ifa Raziah Ditolak Kerana Ada Wuduk
Artikel berkaitan: Ifa Raziah Mahu Capai Rekod Dunia, Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas Di Karnival Raya
Artikel berkaitan: Perasaan Risau Menyelubungi Diri, Ifa Raziah Hanya Tidur 2 Jam Sehari – ‘Saya Khuatir Jika Acara…’
Tanda hormat orang lebih tua
Tampil menceritkan situasi sebenar, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata niatnya bertindak demikian tanda menghormati Anwar sebagai pemimpin negara dan orang yang lebih berusia daripadanya.
Pun begitu, dia tidak menyedari bahawa Anwar ketika itu berada dalam keadaan berwuduk.
Saya lihat PM (Perdana Menteri) di arak masuk, jadi saya ingin iringinya. Saya sebagai penyokong dan peminat beliau, saya menghormatinya sebagai seorang pemimpin, saya beradab dan bukan biadab.
Beliau seorang yang lebih berusia daripada saya, sesiapa sahaja yang lebih tua daripada saya, pasti saya akan hulur tangan untuk bersalam.
Namun saya terlupa, ketika itu waktu dah nak masuk berbuka puasa dan beliau ada wuduk.
Ifa mengulas mengenai perkara itu ketika dia ditemui pada hari pertama acara StarVendors KLCC Mega Raya yang berlansung di KLCC, baru-baru ini.
Jelas pelantun lagu Ser Ser Ser itu lagi, dia kemudiannya memohon maaf kepada Anwar di atas tindakan tersebut.
Saya kemudian meminta maaf kepadanya, saya bercakap dan letak tangan di dada tanda hormat. Saya sanjung dan hormat dia.
Ibu bapa kita semua pasti ajar anak-anak untuk sentiasa hormat dan salam orang lebih tua jika berjumpa kan, orang muda hormat pada orang tua, sopan santun itu yang saya bawa ke mana-mana saya pergi.
Bukan setakat PM, semua orang tua saya hormati, salam cium tangan.
Terdahulu, Ifa menghadiri sebuah majlis berbuka puasa penggiat seni dan pengamal media bersama Perdana Menteri bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Ketika kejadian, Ifa dilihat teruja menyambut ketibaan Anwar pada majlis tersebut sebelum dia bertindak menghulur tangan untuk bersalam.