Setiap kali menganjurkan acara jualan StarVendors, penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Ifa Raziah akui dirinya diselubungi perasaan bimbang yang agak teruk.
Artikel berkaitan: Teruja Nak Salam Anwar Ibrahim, Pelawaan Ifa Raziah Ditolak Kerana Ada Wuduk
Artikel berkaitan: Ifa Raziah Mahu Capai Rekod Dunia, Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas Di Karnival Raya
Tidur 2 jam sehari
Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, disebabkan perasaan itu, dia hanya mampu tidur lebih kurang dua jam sahaja dalam masa sehari.
Jelasnya, banyak hal yang bermain difikiran untuk memastikan acara yang dianjurkan di bawah penganjuranya berjalan seperti dirancang.
Mengadakan sebuah acara yang berlangsung selama berjam-jam ini, saya sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Lebih lagi ini bulan Ramadan, memang perlu tenaga yang lebih.
Saya tidur maksimum hanya dua jam setengah sahaja sehari paling lama. Kalau tidur pun asyik fikir pasal kerja, memang dalam kepala otak ini kerja. Mungkin kerana saya risau atau khuatir dan perasaan bercampur baur.
Sebulan sebelum event memang tak akan ada mimpi indah. Nak jaga hati pengunjung, client, vendors supaya semua atas plan yang dirancang. Bukan setakat acara StarVendors raya sahaja, apa-apa acara yang saya anjurkan memang saya akan hadapi itu.
Ifa berkata demikian ketika ditemui pada hari pertama acara StarVendors KLCC Mega Raya yang berlangsung di KLCC, pada Kahmis.
StarVendors Mega Raya another level
Sementara itu, Ifa yang juga selaku Ketua Pengarah Eksekutif StarVendors meluahkan rasa syukur apabila sambutan yang diberikan peminat pada hari pertama acara tersebut begitu meriah.
Alhamdulillah, pengunjung yang datang tidak putus-putus. Sambutan yang diberikan oleh peminat sangat memberangsangkan.
Walaupun hari pertama hujan lebat, saya tetap berdoa pada Allah minta urusan dipermudahkan. Nak ramai-ramai yang datang dan meriahkan acara StarVendors.
Saya ingin tiada orang, sekali saya turun tengok di pintu masuk, mengucap panjang saya lihat ramai sangat orang dah beratur, memang tak sangka betul. Marketing yang team saya buat sampai kepada semua, tak sia-sia habis jutaan ringgit.
Dalam masa sama, pelantun lagu Ser Ser Ser itu turut memaklumkan acara yang berlangsung selama lima itu bakal diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Alhamdulillah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk datang pada 15 April selama tiga jam.
Boleh dikatakan StarVendors another level, mana tidaknya, hari pertama pembukaan sahaja artis nombor satu negara dah datang, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ada penyanyi irama Malaysia pertama negara datang (Noraniza Idris) dan ramai sangat artis yang namanya besar-besar.
Keselamatan pengunjung terjamin
Berkongsi mengenai kawalan keselamatan di acara tersebut, Ifa berkata dia telah melantik lebih 200 orang yang terdiri daripada pengawal keselamatan, anggota rela dan beberapa pihak lain.
Malah dia berharap, insiden yang berlaku di negara jiran, Singapura pada sebuah acara jualan baru-baru ini tidak berlaku pada acaranya.
Kawalan sangat hebat, Insya-Allah harapnya tiada sebarang insiden tidak diingin berlaku di sini. Ramai bodyguard telah dilantik, petugas-petugas keselamatan lagi macam rela semua dipersiapkan.
Sebelum kejadian di Singapura lagi iaitu sejak 2019 saya dah siapkan kawalan ketat untuk event saya. Tapi ada orang ingat niat saya riak nak tunjuk ramai bodyguard, padahal itu adalah langkah keselamatan yang saya nak beritahu, bila dah kejadian diserang peminat di acara baru semua orang nak celik.
StarVendors KLCC Mega Raya membuka tirai acara bermula 13 April dan berlangsung sehingga 17 April ini. Acara tersebut bakal berlangsung selama 100 jam tanpa henti. Difahamkan lebih 100 kedai jualan yang dibuka, lebih 100 selebriti tanah air yang terlibat dan RM100,000.00 duit raya bakal diberikan kepada pengunjung.