Filem dan karya arwah Yasmin Ahmad sangat memberi impak positif khususnya buat masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum serta kefahaman agama berbeza. Takukah anda, masih ada satu lagi skrip tulisan arwah Yasmin Ahmad yang belum menjalani penggambaran iaitu filem Wasurenagusa melibatkan pelakon dari Jepun dan Malaysia.
Adik kepada arwah Yasmin Ahmad, Datin Orked Ahmad pernah menawarkan naskah ini kepada pelakon Sharifah Amani untuk menjadi pengarah tetapi ditolak atas beberapa faktor. Ini pula permintaan Sharifah Amani terhadap naskah terakhir arwah Yasmin Ahmad itu.
Ditolak Sharifah Amani
Menurut Metro Online, Datin Orked Ahmad pernah menawarkan naskah filem Wasurenagusa itu kepada pelakon Sharifah Amani untuk menjadi pengarah tetapi ditolak.
Saya masih lagi menyimpan dengan baik skrip itu sehingga sekarang. Sudah puas saya mencari individu yang sudi meneruskan penggambaran filem itu termasuklah kru terdekat dengannya.
Bukan apa, semua aspek sudah ditetapkan seperti pelakon, lokasi dan skripnya dengan terperinci. Cuma tinggal penggambaran saja perlu dibuat dan perlukan pengarah yang berani mengarahnya.Bahkan, saya ada meminta Amani untuk mempertimbangkan tawaran itu. Bagaimanapun, dia sendiri pun belum berani berbuat demikian.