berita

‘Dulu Dijulang Kini Dikecam’ – Hos TV3 Bidas Dakwaan Sokong Kerajaan Sampai Sanggup Bohong

November 13th, 2018 | by faris
Kini Trending

Belanjawan 2019 selamat dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng 2 November lalu. Untuk mengulas lebih lanjut butiran belanjawan itu, TV3 menerbitkan satu program khusus dan dihoskan oleh personalitinya, Halim Mohamed.

Segelintir pengguna media sosial mendakwa Halim dalam program itu dikatakan berbohong untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan. Halim kemudiannya membalas dakwaan tersebut menerusi status Facebooknya baru-baru ini.

Ada beza pengulas dengan pengacara

Menurut Halim, ketika mengendalikan program khas itu, dia bertindak sebagai pengacara yang bertanggungjawab mengawal perjalanan program dan bertanya soalan kepada panel jemputan. Dia mengakui ada bertanya berhubung manifesto kerajaan berkait belanjawan 2019 dan tidak mengulas sama ada ianya sudah ditunaikan atau tidak.

DULU DIJULANG KINI DIKECAM..

Ada beza antara pengulas dan pengacara. Tugas saya pada hari pembentangan belanjawan 2019 dalam program khas TV3 adalah pengacara. Ini bermakna saya ‘host’ kepada program berkenaan dan bertindak mengawal program dengan bertanyakan soalan. Saya tidak mengulas soalan yang saya lontarkan sendiri kerana pengulas pada program berkenaan adalah dua orang panel khas yang dipanggil ke studio.

Saya akui ada bertanya kepada panel berkaitan manifesto PH dan kaitan dengan belanjawan 2019. Adakah ia peluang untuk kerajaan menunaikan janji manifesto PRU14 mereka. Apa yang dijawab oleh panel terbuka untuk masyarakat menilai dan saya tidak ‘mengulas’ mengatakan ia sudah atau belum ditunaikan.

Hutang negara ‘dikatakan’

Pengacara ini juga mendedahkan dia menggunakan istilah ‘dikatakan’ untuk bertanya kepada panel mengenai hutang negara yang dikatakan berjumlah RM1 trillion.

Mengenai hutang negara RM1 trillion. Kami melontarkan soalan kepada panel dengan merujuk kepada angka dan kenyataan kerajaan mengenainya. Kami berulang kali bertanyakan ‘hutang negara yang DIKATAKAN..’. Tidak pula kami menyatakan hutang negara RM1 trillion. Sekali lagi apabila dijawab oleh panel, ia terbuka kepada masyarakat untuk menilai.

Memang angka RM686.8 bilion angka yang sahih namun kerajaan kini telah memasukkan hutang liabiliti luar jangka iaitu komitmen pembayaran pajakan & penyelenggaraan sekali. Jadi hutang sekuriti + hutang liabiliti yang melonjakkan angka hutang negara. Boleh rujuk artikel ini.

Mohon maaf kalau ada yang sakit telinga

Apapun, jika kalian menonton penuh rancangan khas berkenaan, saya banyak melontarkan persoalan berkaitan kos sara hidup serta komitmen kerajaan kini yang perlu memberi yang terbaik buat rakyat ie kakitangan awam, peneroka felda, nelayan, pelajar & golongan sasaran lain.

Menjawab persoalan rakan-rakan yang whatsapp termasuk mesej di inbox dan tagged posting berkenaan, saya ok dan terima kepada kritikan. Mereka pernah menjulang kami satu ketika dahulu dan kini mengecam. Begitu juga yang dulu mengecam kini menjulang pula. Apapun saya mohon maaf jika ada yang sakit telinga dan tidak dpt menerima fakta yang dikongsi dalam program berkenaan. Boleh terus salurkan sebarang pertanyaan. Saya tak der hal utk berkongsi idea dan pandangan.

Sumber: Halim Mohamed

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×