berita

Hot FM Jadi Stesen Radio Nombor 1 Di Malaysia

July 4th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Rombakan strategi telah dilakukan kepada semua stesen radio dibawah naungan Media Prima dan menjadikan Hot FM satu stesen yang memiliki impak positif.

Stesen radio Hot FM kembali dengan pengisian yang serba baharu serta pembaharuan logo dan wajah yang berjaya menakluk takhta dunia radio Malaysia sebagai stesen radio nombor satu negara.

Stesen radio nombor satu

Menurut penyelidikan Nielsen Consumer & Media View (CMV) pada Januari 2022 sehingga Disember 2022, Hot FM mencipta sejarah dengan kejayaan mereka yang memiliki jumlah pendengar mingguan sebanyak 3.8 juta pendengar.

Difahamkan kajian ini dijalankan setiap bulan sepanjang tempoh yang dimaklumkan yang merangkumi soal selidik secara offline (face-to-face) dan atas talian kepada 10,000 responden yang terpilih.

Selain itu, Hot FM mencatatkan kejayaan yang besar sebagai stesen radio Melayu berpengaruh di Media Prima Audio dan Malaysia dengan menerima peningkatan sebanyak 464,000 pendengar atau 14% berbanding tinjauan yang lepas.

Menerusi hasil kaji selidik, angka menakjubkan juga dapat dilihat dengan 4.8 juta pendengar direkodkan sebagai jumlah pendengar bulanan. Seterusnya, 31.1 juta dicatatkan sebagai pendengar digital setakat Mac 2023 menerusi data daripada Radioactive, Whooshkaa, Youtube Streaming & Joox.

Kejayaan Hot FM ini sama-sama dijayakan dengan dua ikon radio iaitu Fara Fauzana dan AG sebagai penyampai utama di segmen pagi. Pemilihan dua ikon ini untuk menerajui Hot FM menjadi langkah terbaik dan paling sentimental buat pendengar.

Walaupun semua transformasi jenama Hot FM dijalankan sewaktu negara melalui pandemik, namun ianya tidak menghalang usaha semua perkerja di hadapan mahupun belakang tabir. Dengan usaha bersama, maka lahirlah inisiatif seperti Program Amal COVAiD #BaikSemula yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi para petugas barisan hadapan dalam perjuangan melawan Covid-19.

Program ini disertai oleh lebih 30 artis dan selebriti Hot FM dengan menampilkan konsert selama 24 jam yang bersiaran di rumah sambil beramal.

Kemudian, segmen pagi Bekpes Hot dilahirkan dengan membawa masuk penyampai dari gelanggang lawan iaitu Johan untuk berganding bersama dua ikon radio, Fara Fauzana dan AG. Kempen-kempen seperti Piknik Hot dan Siaran Luar Bekpes Hot berjaya mendekatkan Hot FM dengan pendengar secara ‘on-ground’ walaupun dua tahun tempoh berkuarantin.

Program sebegini membina kembali jalinan antara stesen radio dan pendengar dan itulah yang menjadikan Hot FM pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Tahun 2023 merupakan tahun yang memberi impak amat positif buat Hot FM dengan kehadiran ahli politik dan bekas Menteri yang berpengaruh Khairy Jamaluddin (KJ) yang turut serta sebagai penyampai radio. Gandingan hebat bersama KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG ini telah membawa lonjakan kepada 75% bermula Februari lalu. Peningkatan ini dapat dilihat dalam strim digital secara langsung laman sesawang Hot FM dan aplikasi Audio+ serta peningkatan 139% dalam paparan halaman unik.

Peka dengan permintaan rakyat Malaysia secara am, Hot FM melancarkan kempen terbesar, Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP). Kempen ini menawarkan wang tunai berjumlah RM300,000 kepada pendengar yang bertuah. Menakjubkan, kempen ini merupakan salah satu kempen yang meraih kejayaan besar dengan mencatatkan 19,000 pendengar sepanjang 5 minggu kempen berlangsung. Kempen ini juga meraih 6 juta di media sosial dan 4.3 juta engagements.

Hot FM akan meneruskan langkah ke hadapan dengan mengikut keperluan dan peredaran seperti yang dirancang. Keputusan yang diraih sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia adalah hasil kerjasama bersama dan penat lelah yang berbalas buat Hot FM. Tiada yang lebih ulung daripada perasaan menjadi yang terbaik. Terima kasih darpada Hot FM buat semua yang sentiasa bersama.

SKIP THIS AD ×