berita

HUAWEI Tawar Skim Ansuran Terendah, Khas Untuk Pelajar Miliki Peranti Pintar Bermula RM19.39 Sehari!

December 30th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Korang perlukan peranti pintar untuk mengoptimumkan prestasi korang kat kolej? Yelah, dengan nak buat assignment, tesis atau work assessment, peranti pintar pastinya teman sejati untuk korang yang bergelar student!

Tapi macam yang kita tau, tak semua pelajar mampu memiliki peranti pintar sebab faktor kewangan yang menjadi kekangan utama. Haa.. Sebab itulah kami nak perkenalkan korang dengan skim bayaran ansuran HUAWEI melalui kempen Together 2020.

Melalui kempen ni ada beberapa pakej yang ditawarkan untuk korang memiliki peranti pintar terkini daripada HUAWEI. Bagi korang yang student tu, HUAWEI menawarkan 4 peranti pintarnya iaitu HUAWEI MateBook 13, telefon pintar HUAWEI nova 5T, Watch GT2 dan FreeBuds 3 dengan bayaran secara ansuran serendah RM19.39/sehari. Amacam, menarik tak?

Terokai dunia pembelajaran bersama kepintaran teknologi HUAWEI!

[HUAWEI nova 5T]

HUAWEI nova 5T dilengkapi kamera Quad AI dengan 32MP untuk kamera swafoto. Selain tu, ia hadir dengan mod AIS Super Night yang membolehkan korang merakam gambar di tempat yang kurang cahaya dan didatangkan dengan AI chipset Kirin 980 yang juga merupakan chipset 7nm pertama di dunia tau.

Mengenai bateri, korang tak perlu risau kerana HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan bateri yang mempunyai teknologi pengecasan SuperCharge. Ini membolehkan bateri telefon dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit je tau. So, kalau nak cepat-cepat ke kuliah tu memang memang sempatlah nak cas phone dulu.

Telefon ni juga didatangkan dengan 3 warna yang berbeza iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam. Pendek kata, semua warna ni memang kena dengan jiwa orang muda!

[HUAWEI MateBook 13]

Sekarang ni boleh dikatakan semua student wajib ada laptop untuk buat assigment, presentation dan lain-lain tugasan. Dengan adanya HUAWEI MateBook 13, semuanya lebih mudah sebab korang boleh connect terus dengan telefon pintar HUAWEI dengan hanya 1 tap.

Ianya juga mampu untuk gunakan interface melalui semua peranti HUAWEI supaya senang untuk korang control. Dengan menggunakan smartphone nova 5T, korang boleh share files dan foto ke laptop dengan satu tap je tau. Laju pulak tu! Hanya 1 minit je masa yang diperlukan untuk transfer 500 gambar.

[Watch GT2]

Bila dah bergelar student, sibuk dengan assignment, kuliah dan program universiti tu perkara biasa. Dengan Watch GT2, korang tak perlu risau pasal terlepas pandang sebarang mesej atau peringatan penting. Hanya pairkan jam ni dengan telefon pintar korang.

Jam ni juga mampu mengawasi kesihatan dan kadar degupan jantung serta membolehkan korang untuk tahu laporan penuh tahap kesihatan korang dari smartphone korang tu. Paling best, korang juga boleh jawab serta buat panggilan tanpa perlu bawa telefon pintar sewaktu tengah bersenam tau. Siap boleh dengar lagu okay melalui Watch GT2!

[FreeBuds 3]

Peranti FreeBuds 3 agak unik sebab ianya dilengkapi dengan ciri-ciri noise reduction yang membolehkan korang nikmati muzik tanpa diganggu dengan bunyi-bunyi daripada luar. Peranti ni juga membolehkan korang dengar muzik dengan lebih jelas dan membolehkan korang menjawab panggilan hanya dengan satu tap pada FreeBuds 3 je.

Designnya simple dan selesa untuk dipakai pada telinga untuk jangka masa yang lama. HUAWEI FreeBuds 3 dicipta berdasarkan algoritma generasi Bluetooth yang secara dinamiknya akan menghalang sambungan daripada gangguan WIFI dan secara cepatnya akan mengaktifkan noise cancellation, membolehkan korang untuk menikmati audio dengan lancar.

Semua ni dan banyak lagi yang menarik dengan Pakej HUAWEI Smart Life!

Macam yang kami bagitau tadi, bukan pakej student je yang ada tau. Ada banyak lagi pakej menarik daripada HUAWEI yang korang boleh pilih berdasarkan personaliti dan gaya hidup untuk korang. Korang boleh nikmati semua ni dengan harga serendah RM8.97/sehari je. Paling best kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ni, 0% interest tau!

So, apa korang tunggu lagi? Cepatlah pergi dapatkan pakej-pakej yang gempak ni. Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau untuk info lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ni.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×