Pelakon Zulin Aziz yang dahulunya dilanda masalah rumah tangga tanpa menyatakan puncanya membuatkan rata-rata netizen terkejut dengan berita yang dimaklumkan.
Walau bagaimanapun, segalanya sudah diselesaikan dengan cara yang baik.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Peluang & Ruang’ – Hubungan Zulin & Suami Sudah Pulih?
Artikel Berkaitan: ‘Moga Allah Mudahkan Zulin Melalui Fasa Getir Dalam Perkahwinan’
Artikel Berkaitan: ‘Mental Saya Dah Koyak, Orang Gila Je Buat Hal Ini Gurauan’ – Zulin Aziz Nafi Berita Bercerai Gimik!
Hubungan sudah pulih
Menerusi laporan Harian Metro, Zulin enggan memanjangkan isu yang terjadi dan memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci punca pergaduhan dengan suami.
Hubungan kami semakin rapat selepas apa yang berlaku. Lebih baik saya tidak memanjangkan perkara ini.
Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu sebabnya. Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara yang tak baik keluar dari mulut orang.
Kadang-kadang perkara kecil pun boleh menjadi punca.
Tambah Zulin, 33, masalah adalah adat dalam rumah tangga dan perkara yang terjadi membuatkan dirinya dan pasangan, Farhan Norzaini lebih matang menghadapinya bersama.
Sekadar info, Zulin dan pilihan hatinya, Farhan Norzaini selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di Masjid Negara.
Sumber: Harian Metro