Pelakon Ali Reza menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjadi punca penceraian rumah tangga kepada pasangan selebriti.
Artikel Berkaitan: Selamba ‘Catwalk’ Di KLFW2022 Dengan Rokok, Noh Salleh Selesa Jadi Diri
Hanya rakan sekerja
Ketika ditemui OhBulan!, Ali berkata dia bukan orang ketiga seperti yang diperkatakan kerana mereka hanya rakan sekerja.
Saya ada dengar gosip itu, tapi dah lama. Rasanya dalam dua tahun lepas. Kita bekerja dan tak ada apa-apa hubungan selain rakan sekerja. Saya tak pasti kenapa orang bangkitkan semula perkara ini ia dah lama. Tak ada isu pun.
Bila dengar gosip itu saya rasa terkejut. Tetapi, saya tahu diri saya dan tak perlu risau sebab saya tak buat apa-apa pun.
Perkara seperti gosip dan kontroversi ini sentiasa akan ada. Ia mengenai bagaimana kita mengatasi situasi itu. Kalau tahu ia salah maka kena buat perkara yang betul. Macam saya cakap, tak ada apa yang berlaku dan saya tak risau.
Ali berkata demikian ketika acara pertunjukan fesyen jenama Neonate sempena KL Fashion Week 2022, pada Ahad.
Tak tolak jodoh wanita berusia
Pemilik nama lengkap Ali Reza Kavoossi juga tidak pasti sekiranya ada pihak yang cuba menjatuhkan karier lakonannya yang sedang meningkat naik.
Saya tak pasti mengenai isu sabotaj. Saya pun sekarang ini tengah bekerja jadi tak terlalu fokus sangat dengan isu lama yang saya pernah terbabit.
Tak ada apa antara kami dan itu atas urusan kerja saja. Jadi, pada masa hadapan saya akan lebih berhati-hati.
Dalam pada itu, pelakon drama Do You Love Me Captain? yang masih berstatus solo tidak menolak sekiranya jodoh dia adalah seorang janda.
Jodoh itu di tangan Tuhan. Saya berkawan dengan semua orang. Tak kisah tua atau muda. Saya dah kenal ramai orang dan berkawan dengan semua orang, jadi siapa tahu. Sekarang ini saya sentiasa ‘single’. Sekarang ini tidak ada siapa-siapa.
Berkenaan status dan umur jodoh macam saya katakan tadi, jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak boleh nak cakap. Asalkan bukan lelaki.
Sumber: Instagram @Alirezark