berita

Hubungan Tak Direstui Keluarga, Pasangan Dilaporkan Maut Selepas Minum Racun

November 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara dikatakan tidak mendapat restu daripada keluarga, satu pasangan ditemui maut selepas minum racun. Difahamkan, keluarga kepada gadis itu telah merancang untuk menyatukan dia bersama seorang lelaki lain di Pakistan.

Artikel Berkaitan: Baru 4 Hari Kahwin, Pengantin Cantik Ditemui Maut Di Dalam Beg Pakaian

Artikel Berkaitan: Gagal Siapkan Kerja Sekolah, Pelajar Maut Dipercayai Dipukul Guru

Artikel Berkaitan: Tali Dipercayai Tak Diikat Dengan Betul, Ibu Anak Tiga Maut Jatuh Buat Lompatan Ekstrem Ketinggian 82 Kaki

Keluarga dan rancang perkahwinan

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, pasangan tersebut dikenali sebagai Muqaddas dan Adnan ditemui dalam keadaan yang kritikal pada Ahad (7 November) lalu. Pasangan ini dipercayai bertindak sedemikian berikutan tindakan ibu bapa mereka yang enggan membenarkan untuk berkahwin.

Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku ketika sambutan perkahwinan Muqaddas sedang berlangsung, sebelum ketibaan pengantin lelaki dan keluarganya. Susulan daripada itu, pasangan ini telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Menerusi keterangan pihak polis, pasangan bercinta ini berharap untuk berkahwin namun, ibu bapa kepada Muqaddas tidak bersetuju dan telah merancang untuk menyatukan anaknya dengan lelaki lain.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×