berita

Hujan & Love Me Butch Kelilingi Malaysia Bersama

May 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Poster Hujan-6

Tak perlu disangkal lagi, kedua-dua band ini memang mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Kalau mahu disebut lagu mereka, kami rasa tak perlu pun sebab seperti Hujan sendiri, lagu kedua-dua kumpulan ini pernah menjadi siulan dan rujukan para pemuzik indie.

Tapi, bilakah kali terakhir anda melihat salah satu dari kedua-dua band ini samada Hujan atau pun Love Me Butch dimana-mana konsert atau pun gig? Lama kan? Kami sendiri sudah tidak ingat bila.

Dan berita baik untuk para peminat semua, tak perlu tunggu lama sebab Hujan dan Love Me Butch bakal bergabung untuk konsert jelajah bersama mereka, “Sang Enemy Worldwide Transgression 2013 Tour”. Antara tempat-tempat yang bakal menjadi persinggahan Hujan dan Love Me Butch termasuklah Melaka, Terengganu, Kedah, Perak dan juga Kuala Lumpur.

Hujan-4

Kumpulan Hujan. Noh juga merupakan suami kepada penyanyi, Mizz Nina.

Love Me Butch-2

Love Me Butch telah ditubuhkan pada tahun 1998.

Konsert jelajah yang dinamakan “Sang Enemy Worldwide Transgression 2013 Tour” ini diambil sempena nama album Hujan iaitu Sang Enemy dan juga Love Me Butch, Transgression. Menariknya, tiket dijual pada harga RM40-45 dan anda boleh dapatkannya di laman rasmi, www.morningrocket.com.

Berikut adalah jadual siri jelajah “Sang Enemy Worldwide Transgression 2013 Tour” ;

26 May– Hard Rock Cafe? Melaka, Melaka, 4pm

1 June– Motel Desa, Kuala Terengganu, 4pm

8 June– Dewan Kedah Indian Association (K.I.A), Alor Setar, 4pm

9 June– Dewan Silveritage, Medan Gopeng Ipoh, Ipoh, 4pm

16 June– Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, 4pm

Jadi, pada peminat setia diluar sana, walaupun zaman indie sudah lama dilupakan, tak salah kiranya anda pergi untuk mengimbau kembali kenangan. Kan?

Mari dengar lagu dari kumpulan Hujan dan Love Me Butch selepas ini.

SKIP THIS AD ×