Zodiak merujuk kepada sistem astrologi yang mengaitkan dengan tarikh kelahiran bersama 12 tanda tertentu berdasarkan kedudukan planet dan bintang.

Artikel Berkaitan: Bulu Kucing Pada Sejadah: Sah Atau Tidak Solat Anda?

Artikel Berkaitan: Terapi Rohani: Ketenangan Melalui Al-Quran, Tahajjud & Zikir

Haram!

Ia sering digunakan untuk menggambarkan sifat peribadi serta meramal nasib seseorang. Dari sudut sains, zodiak tidak mempunyai bukti yang kukuh kerana kedudukan objek angkasa tidak dibuktikan dengan kehidupan manusia.

Dalam ajaran Islam, mempercayai zodiak sebagai penentu nasib terhadap kehidupan seseorang adalah dilarang dan tergolong dalam dosa besar kerana ia termasuk perbuatan mempercayai ramalan yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.

Namun, sekadar membaca atau mengetahui tentang zodiak sebagai maklumat umum tidaklah menjadi sebuah kesalahan.

Ia hanya jatuh hukum haram apabila seseorang itu mula meyakini ramalan tersebut dan menjadikannya pegangan dalam kehidupan.

Menurut Ibn Ruslan, Islam melarang kepercayaan bahawa pergerakan dan kedudukan bintang yang digunakan untuk mengetahui perkara ghaib atau meramal masa depan kerana ianya berada di luar kemampuan manusia.

Tanggapan sebegini dianggap mencampuri ilmu yang hanya menjadi milik Allah SWT.

Namun, penggunaan ilmu falak untuk tujuan praktikal seperti menentukan arah kiblat, mengira peredaran matahari, atau mengetahui perjalanan masa tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan.

Seseorang yang meyakini zodiak sebagai penentu nasib juga boleh menyebabkan solatnya tidak diterima kerana perbuatannya tergolong dalam perbuatan mensyirikkan Allah SWT.

Oleh itu, diwajibkan untuk bertaubat dengan sebenar-benarnya serta memperbaharui syahadah.

Perkara ini bertepatan dengan peringatan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa sesiapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.

Sumber: Ikhlas.com