Minggu lalu, Kabinet memutuskan untuk memansuhkan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan di negara ini. Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hukuman mati mandatori dikekalkan.
Tidak bermaksud hukuman dihapuskan
Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkata, ia tidak bermaksud hukuman berkenaan sudah dihapuskan walaupun ada cadangan untuk memansuhkan hukuman terbabit.
Kita perlu menunggu sehingga akta berkaitan diluluskan. Kerajaan belum meluluskan undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati
Terdapat 18 kesalahan jenayah
Terdapat 18 kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mati. Ianya termasuk mengedar dadah, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, keganasan, membunuh, membunuh mangsa ketika penculikan, memiliki dan menggunakan senjata api, merogol sehingga menyebabkan kematian dan merogol kanak-kanak.
Pada masa ini 1,267 banduan berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014.
Bebaskan 11 etnik Uighur
Sementara itu, beliau juga berkata, 11 etnik Uighur yang menyusup masuk ke negara ini sejak November tahun lalu dilepaskan selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan dalam negara.
Mereka tidak melakukan kesalahan di negara ini, maka mereka dibebaskan.
Sumber: Harian Metro