berita

‘I Actually Cried Watching Him’ – Lagi Perangai Pelik Di Instagram, Peminat Risau Iqram Dinzly Alami Kemurungan

December 22nd, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini kita selalu lihat beberapa siri perangai pelik Iqram Dinzly yang dikongsikannya di Instagram. Bermula dengan isu swafoto di tanah perkuburan sehinggalah aksi lucah di Instagram. Persoalannya, apakah sebenarnya yang berlaku kepada Iqram ini? Adakah benar dia mengalami masalah  kemurungan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak?

Semalam, tular di media sosial apabila sekali lagi Iqram muncul di Instagram Live tetapi kali ini dengan berpakaian jubah serta membaluti dirinya dengan kain jarang. Insiden tersebut ternyata amat menyeramkan dan netizen sudah mulai bimbang tentang masalah kemurungan yang mungkin sedang dihadapai Iqram ketika ini.

Iqram mengalami depressi?

Ramai netizen yang beranggapan bahawa Iqram ketika ini amat memerlukan bantuan dan sokongan moral daripada semua pihak. Mereka juga meminta semua pihak memandang serius akan isu ini dan berhenti mempersendakan Iqram di media sosial.

Video perangai pelik Iqram

Sama-sama kita kirimkan doa

Mungkin Iqram sedang melalui saat yang sukar di dalam hidupnya ketika ini. Perkara yang paling penting ketika ini kita doakan yang terbaik untuk Iqram supaya dia sembuh dan menjalani kehidupan seperti manusia normal. Ternyata, masih ramai netizen yang menyayangi Iqram dan rindu untuk melihat Iqram berlakon kembali.

Sumber: Kaki Share, Gegar Vaganza

SKIP THIS AD ×