berita

I Can See Your Voice Edisi Raya Malam Ini Di TV3!

May 31st, 2020 | by Amat
Shout Out!

Buat korang yang merindui kemeriahan program I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga, ini ada pengumuman menarik di mana ICSYVM akan menampilkan satu episod istimewa sempena musim perayaan tahun ini. Seperti biasa, korang akan terhibur dengan telatah lucu dari Panel Penyiasat Bersuara Sumbang dan Penyanyi Jemputan.

Promo ICSYVM edisi Raya

https://www.facebook.com/hotfm976/videos/259471275170572/

Seperti biasa, rancangan realiti yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan itu bakal menemui korang di TV3 pada hari ini, jam 9.00 malam. Antara penyanyi jemputan yang bakal memeriahkan episod tersebut ialah Ramlah Ram dan pasangan serasi Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.

Ada kak Ramlah Ram…

Manakala, barisan panel penyiasat masih kekal sama iaitu  Yusry KRU, Jihan Muse dan Mark Adam. Bagi hos pula, Shuk dan Sean Lee masih kekal menjadi peneman korang bagi rancangan tersebut. Oleh itu, apa lagi yang korang tunggu, jom stanby di depan tv malam ini. Confirm best!

Buat korang yang tak sempat untuk menonton di TV, korang boleh menonton di Youtube TV3MALAYSIA Official atau trim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Selamat Hari Raya!

SKIP THIS AD ×