berita

I Can See Your Voice Malaysia Tutup Tirai Dengan Misi Berjaya Datuk Nash

August 24th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Setelah bersiaran selama 21 minggu di musim ketiga, akhirnya program realiti I Can See Your Voice Malaysia melabuhkan tirai semalam. Datuk Nash yang merupakan vokalis kumpulan Lefthanded menjadi artis jemputan terakhir bagi rancangan itu.

Episod ini menyaksikan Datuk Nash berjaya menyingkirkan kesemua penyamar bersuara sumbang dan membuat pilihan yang tepat.

Penyanyi atau penyamar?

Pada episod minggu ke-21 itu menyaksikan Datuk Nash dibantu oleh dua penyiasat jemputan iaitu Siti Sarah dan Shuib Sepahtu. Manakala, Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam merupakan panel penyiasat tetap.

Pada pusingan pertama, Datuk Nash gembira kerana berjaya menyingkirkan penyanyi penyamar. Begitu juga di pusingan kedua menyaksikan Datuk Nash berjaya juga singkirkan penyamar. Memang hebat!

Pilihan Datuk Nash tepat apabila membuat keputusan memilih Faiz Hazni untuk berduet dengannya. Penyanyi sebenar ini berjaya menjadi artis rakaman dibawah naungan Monkey Bone.

Episod terakhir

Sumber: TV9 Malaysia Official

SKIP THIS AD ×