berita

‘I Want You Young!’ – Anak Menangis, Wawa Zainal Disolek Macam Orang Tua

April 17th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Pasangan pelakon iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel memang boleh dikatakan ‘sporting parent’. Ini kerana mereka selalu berkongsi gelagat dan aktiviti bersama anak-anak di laman media sosial hingga menarik perhatian ramai pengikut.

Terbaru, Wawa Zainal sekali lagi berkongsi video yang menyentuh hati di mana anaknya iaitu Attar sedih apabila melihat wajah ibu menjadi tua selepas disolek.

I want you young

Video berdurasi 1:14 minit itu dikongsikan Wawa melalui laman Instagram. Difahamkan, Wawa dan Aeril Zafrel dalam mempersiapkan diri untuk menjalani sebuah penggambaran dan memerlukan pasangan ini membawa watak sebagai orang tua.

Lebih menarik perhatian ramai apabila Attar menangis melihat wajah ibunya disolek tua kerana dia tidak mahu wajah Wawa dimakan usia.

Ohhh sedihnya dia mama dah tua. Attar ni strong boy jarang sangat la nak nangis kalau dia nak nangis pun dia akan cuba tahan. Kelakar pula benda ni dia boleh nangis. Simpan sini sebagai kenangan.

Sedih betul tengok mak dia tua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Malah, di ruangan komen kelihatan ramai pengikutnya terhibur dengan gelagat Attar itu. Ada juga segelintir turut tersebut dengan Attar yang menyifatkan dia sangat menyayangi ibunya.

Sumber: Wawa Zainal

SKIP THIS AD ×