berita

Iamjetfuelshop Memaparkan Imej Yunalis Zarai

July 5th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Iamjetfuelshop merupakan satu butik urban vintage terkenal yang dimiliki oleh selebriti tanah air iaitu Yunalis Zarai ataupun lebih dikenali sebagai Yuna. Butik yang terletak di Subang Jaya ini telah beroperasi sejak dua tahun yang lepas lagi. Butik ini merupakan salah satu karier bagi penyanyi muda ini juga.

Disamping kariernya yang agak padat menyanyi, Yuna juga seringkali meluangkan masa beliau untuk perniagaannya dibutik ini. Ada beberapa koleksi pakaian yang terdapat dibutiknya merupakan antara pakaian yang beliau sendiri miliki. Butik yang membawa konsep urban ini sangat memberi inspirasi pada diri beliau sendiri kerana ia memaparkan imej penyanyi ini sendiri.

Yuna juga ada membuat beberapa promosi untuk pakaian yang baru beliau lancarkan dibutik beliau. Mari kita lihat apa koleksi terbaru yang ada di butik Yuna ini.

Pelbagai pakaian yang cantik-cantik boleh didapati dibutik Yuna ini. Bagi anda diluar sana apa kata luangkan sedikit masa anda dan berkunjunglah dibutik ini. Pasti banyak koleksi pakaian mampu menarik perhatian anda.

Kredit Foto : Iamjetfuelshop 

SKIP THIS AD ×