Baru-baru ini, tular mengenai penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang dikatakan bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Tiko Wardhana pada 2 Disember ini selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari & Tiko Wardhana Nikah Di Bali, 2 Disember Depan?
Sudah lama dapat restu
Menerusi laporan Insertlive, ibu kepada Ashraf Sinclair sudahpun memberi restu kepada Bunga jika dia mahu berkahwin semula.
Tambahnya lagi, dia telah menyatakan restunya sejak penyanyi berusia 40 tahun itu mengeluarkan lagu ’12 tahun terindah’ pada tahun 2020.
Dalam pada itu, Dida juga turut mendoakan agar Bunga terus maju dan sihat sentiasa.
Doa saya semoga Bunga diberi hidayah oleh Allah SWT, terus kuat, sihat, reda, bersyukur dan berjasa. Satu legasi yang Allahyarham Ashraf tinggalkan untuk Bunga, Nuh dan kita semua.
Sudah tiba masanya untuk melangkah setapak lagi untuk meneruskan kehidupan, kami bersama anda Bunga. Jutaan kasih sayang, keluarga besar anda di Malaysia.
Selain itu, dikhabarkan bahawa Dida dan keluarga sudah berkenalan dengan Tiko sewaktu mereka menyambut Aidilfitri pada tahun 2022 bersama.
Sekadar info, hubungan Dida dan BCL masih baik walaupun sudah hampir empat tahun Ashraf meninggal dunia.
Sumber: Insertlive, Tribun News