berita

‘Ibu Ayah Tak Berhenti Mengaji Tepi Sungai’ – Ebit Lew Ke Pahang Bantu Pencarian Mangsa Lemas

December 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Kosmomelaporkan seorang pemuda dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Kuala Kujan, Temerloh. Namun, sehingga ke hari ini, pemuda tersebut masih belum berjaya ditemui walaupun usaha pencarian giat dijalankan.

Artikel Berkaitan: ‘Insya-Allah, Saya Akan Terus Begini..’ – Ramai Sokong #EbitLewForPM, Ini Respon Ebit Lew

Prihatin dengan apa yang terjadi, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, semalam bertolak ke Pahang bagi menyertai misi pencarian lelaki tersebut.

7 hari masih belum ditemui

Foto: Ebit Lew

Sayu sebak 7 hari pihak berkuasa dan keluarga operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas. Saudara Loqman Hamka yang hilang di sungai Pahang. Bila keluarga dan pasukan minta doa dan kata semangat. Saya terus ke Temerloh petang ini. Beri kata semangat dan doa serta sumbangan buat keluarga.

Sayu jer suasana disitu. Pihak berkuasa dan sukalewan kampung berterusan mencari tanpa henti. Ibu ayah Loqman tak berhenti mengaji tepi titian dan sambil memanggil nama anaknya.  Allahukabar. Pasti ujian ini kerana Allah sayang. Lokman dulu belajar Hafiz Al-Quran. Terkenal dengan sifat suka belanja orang. Suka tolong orang. Semoga Allah ketemukan.

Menerusi perkongsian Ebit di Facebook, beliau menceritakan misi pencarian lelaki itu telah memasuki hari yang ketujuh. Namun sehingga kini, Loqman Hamka (mangsa lemas) masih belum berjaya dijumpai. Jelasnya lagi, beliau bergegas menuju ke Pahang, apabila keluarga mangsa meminta doa dan kata-kata semangat daripadanya.

Pada hujung posting tersebut, Ebit menceritakan Loqman merupakan seorang Hafiz, Al-Quran dan seorang anak yang sangat baik buat keluarganya.

Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat keluarga.

Keluar tengok rawai ikan

Foto: Ebit Lew 

Terdahulu, menerusi laporan Kosmomangsa ketika itu hendak melihat rawai ikan di sangkar ikan patin milik keluarganya di tempat kejadian. Jelas abang mangsa, Syahir Hamka, perkara tersebut telah menjadi rutin adiknya setiap hari.

Adik keluar melihat rawai ikan pada jam 9.30 pagi dan setengah jam kemudian ada orang beritahu terdapat bot hanyut tetapi adik tidak ditemui. Kami sekeluarga berharap adik segera ditemui dalam apa jua keadaan dan saya juga turut serta mencari adik dalam operasi.

Sumber: Kosmo & Ebit Lew 

SKIP THIS AD ×