berita

‘Insya-Allah, Saya Akan Terus Begini..’ – Ramai Sokong #EbitLewForPM, Ini Respon Ebit Lew

December 3rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Ustaz Ebit Lew merupakan pendakwah bebas yang dikenali ramai disebabkan sikapnya yang pemurah dan rajin membantu. Beliau akan membantu setiap individu yang mengalami kesusahan tanpa mengambil kira latar belakang agama dan kaum.

Malahan, warganet juga di media sosial mencadangkan supaya beliau dilantik menjadi seorang Perdana Menteri atas sikap prihatinnya itu.

Tidak berminat dengan politik

Foto: Ebit Lew

Menerusi temu bual bersama KosmoEbit menjelaskan bahawa beliau bukan seorang yang arif mengenai hal politik. Tambahnya lagi, beliau lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan kepada orang ramai yang memerlukan.

Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah, saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini. Saya berdoa agar suatu hari nanti mudah-mudahan Allah berikan saya rezeki yang lebih supaya saya dapat bantu lebih ramai orang hingga tiada seorang yang tercicir.

Di samping itu, Ebit turut meminta doa daripada orang ramai supaya beliau terus dimurahkan rezeki dan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada orang ramai.

Block akaun lain

Foto: Ebit Lew

Saya ada block (sekat) akaun pengguna media sebab takut kena hentam oleh pengikut saya. Saya tak sampai hati mereka kena marah dengan ‘followers’ jadi saya block tetapi mereka masih boleh tengok hantaran saya dalam Instagram. Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecewa dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh.

Jelas Ebit lagi, beliau terpaksa block beberapa akaun di social media kerana ‘takut’ mereka akan dihentam oleh pengikutnya. Tambahnya lagi, walaupon mereka sudah diblock tetapi mereka masih boleh melihat segala postingnya di platfom Instagram.

Sebelum ini, Ebit antara individu yang aktif dalam menyampaikan bantuan kepada orang ramai termasuk pemberian air semasa bekalan air terputus di Selangor, penghantaran bekalan makanan di Sabah dan banyak lagi. Terima kasih ustaz, semoga terus dimurahkan rezeki!

Sumber: Kosmo & Ebit Lew

SKIP THIS AD ×