Ibu kepada penyanyi Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil dilihat memuat naik sebuah posting di Instagram mengenai anak lelakinya itu.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Syukur Anak Tidak Berniat Jahat, Suruh Fokus Bidang Nyanyian – ‘Jangan Pandang Belakang Lagi’
Artikel berkaitan: ‘Walaupun Kami Tidak Dapat Berjumpa, Bercakap Sehingga Hari Ini’ – Ibu Aliff Aziz Luah Rindu, Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Cucu Kesayangan
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Lebih Baik Kita Tak Bercakap Apa-Apa’ – Aliff Aziz Sedih Ibu Dihambur Cacian, Perjelas Kongsi ‘Quote’ Islamik Untuk Peringatan Diri
Hampir tidak membuat persembahan
Menurut Fiza, dia tiba-tiba teringat momen semasa Aliff menyertai program All Stars Gegar Vaganza tahun lalu. Ujar Fiza, anak lelakinya itu hampir tidak membuat persembahan semasa minggu kelapan program tersebut. Tambah Fiza, ada sesuatu perkara yang telah berlaku pada minggu itu.
Bismillah saya teringat hari ini seperti semalam apabila dunianya menimpanya dan dia hampir tidak membuat persembahan tetapi dengan rahmat Allah dia boleh tersenyum untuk kamera dan versi #CekMekMolekwent trending Masyaallah!
Jika orang tahu apa yang kami tahu ketika itu dan kenapa kami datang tergesa-gesa ke Kuala Lumpur walaupun kami bakal menunaikan umrah pada keesokan harinya dari Singapura. Manusia tidak akan begitu cepat menilai. Dia masih menyimpan segala-galanya di dalam.
Sebagai ibu, Fiza meluahkan rasa bangga apabila anaknya itu masih kuat meneruskan kehidupan tanpa menikam belakang atau mendedahkan apa-apa tentang orang lain melainkan ia benar-benar perlu berbuat demikian.
Alhamdulillah. Teruskan hidup sebab awak berhak bahagia juga.
Meskipun tidak bercerita secara terperinci mengenai apa yang berlaku terhadap anaknya, posting Fiza tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Fiza menutup ruangan komennya di posting tersebut.
Sumber: Fiza