berita

Ibu Bapa Degil Tak Mahu Vaksin, Lagi Kes Budak Maut Akibat Difteria

October 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Mac lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat satu kes kematian disyaki difteria di Miri, Sarawak pada 14 Mac 2018. Apa yang menyedihkan, kanak-kanak 2 tahun itu tidak diberikan suntikan vaksin kerana keengganan atas alasan agama.

Terbaru, kes sama berulang lagi di Johor Bahru membabitkan kanak-kanak berusia 14 bulan disyaki akibat jangkitan difteria atau akut pernafasan.

Demam dan sakit tekak

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keluarga kanak-kanak tidak memberikan suntikan vaksin kerana enggan menerima imunisasi.

Kanak-kanak itu mula demam dan sakit tekak pada 4 Oktober lalu dan dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. Keesokan harinya, kanak-kanak berkenaan dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan.

Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak dan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober lalu kerana keadaan semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan.

Nasihat orang ramai waspada

Ujar Dr Noor Hisham lagi, pihak kementerian membasmi penyebaran jangkitan sedemikian dengan aktiviti memberi imunisasi kepada komuniti. Pihaknya turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penyakit berjangkit kerana ianya boleh membahayakan komuniti selain mendedahkan bayi kepada ancaman penyakit.

Tindakan yang dijalankan bagi membendung penularan jangkitan adalah mencari kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

Sehingga hari ini tiada kes baharu dilaporkan kepada kementerian.

Kami ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperoleh daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

Sumber: Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×