berita

Ibu Bapa Sudah Bersumpah Jantina Sajat, Tapi….

February 15th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Teka-teki jantina sebenar Sajat mula hampir menemui noktahnya apabila pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjumpa dengan usahawan itu pada 16 Januari lalu. Beberapa hari ini netizen semakin bingung apabila kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Sajat dan Jakim.

Artikel berkaitan: Sajat Akui Dah Dedahkan Identiti Sebenar Kepada Jakim

Pun begitu, ‘penantian’ untuk mengetahui siapa sebenarnya personaliti media sosial yang hebat dikecam ini boleh dikatakan berakhir, tapi…

Ibu bapa sudah bersumpah

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mengatakan pihak Jakim membuat kenyataan itu berikutan Sajat sendiri telah memberitahu pihak media yang dia sudah mendedahkan dirinya.

Menurut Dr. Mohd Izwan, ibu bapa usahawan itu telah bersumpah bahawa anak mereka itu dilahirkan sebagai khunsa. Khunsa adalah keganjilan di mana seseorang itu mempunyai 2 alat kelamin.

Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa.

Tetap perlu pengesahan perubatan

Walaubagaimanapun,Dr. Mohd Izwan berkata, meskipun sumpah telah dibuat, pengesahan daripada pihak yang lebih pakar dari segi perubatan masih tetap diperlukan.

Untuk tujuan itu, pihak Jakim telah menyediakan panel pakar perubatan yang disahkan kerajaan bagi menjalani ujian pengesahan berkenaan.

Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.

Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri

Mstar sebelum ini melaporkan pihak Jakim telah dihalang oleh pihak Sajat untuk meneruskan proses pengesahan sekaligus melambatkan pendedahan yang sepatutnya mengambil masa hanya sebulan.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×