Baru-baru ini kecoh apabila isu terdapat segelitir ibu bapa yang berang terhadap ritual agama yang berlebihan dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor. Isu ini telah menarik perhatian Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi untuk memberi pandangan. Menurutnya, adakah ibu bapa boleh membuktkan bahawa amalan ini menggangu prestasi anak.
Solat jemaah buat anak lesu?
Sebelum ini, laporan Free Malaysia Today (FMT) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ibu bapa kepada murid di MRSM mempersoalakan tentang amalan ritual dan aktiviti keagamaan yang didakwa menggangu prestasi pelajaran anak mereka. Hal ini kerana, kegiatan tersebut dikatakan memakan masa yang banyak sehingga anak mereka menjadi letih dan lesu di kelas.
Di samping itu, pelajar juga dikatakan wajib menghadiri sesi solat berjemaah serta ritual tidak wajib seperti solat tahajud, solat hajat dan tazkirah di mana mereka perlu bangun seawal jam 3 pagi. Ibu bapa telah membuat aduan kepada pengetua sekolah namun diberitahu bahawa ritual itu adalah untuk mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu.
Dapat tingkatkan nilai moral
Sehubungan dengan itu, isu ini telah mendapat perhatian PPIM oleh kerana keluhan ibu bapa yang menegaskan bahawa mereka tidak menghantar anak ke sekolah tersebut untuk mendapat pendidikan sekolah ‘tahfiz’. Ketua Aktivis PPIM, Toqqi memberitahu bahawa ajaran agama Islam di sekolah tersebut penting agar dapat meningkatkan lagi nilai moral dalam diri pelajar.
Jangan berfikiran negatif
Saya tidak melihat amalan yang dilakukan di sekolah terbabit menjadi satu halangan kepada pelajar mereka untuk terus maju ke hadapan. Selain itu, mungkin amalan ini tidak diamalkan di semua sekolah MRSM. Adakah ibu bapa ini boleh membuktikan prestasi anak mereka merundum mendadak berpunca daripada amalan ini?
Menurutnya Toqqi, ibu bapa tidak sepatutnya bersangka negatif terhadap amalan ini kerana ianya juga merupakan kaedah untuk memperkasakan jati diri pelajar. Sewajarnya, mereka perlu beringat bahawa guru yang ditetapkan di sekolah tersebut bertungkus lumus mencari jalan yang terbaik untuk menghasilkan pelajar yang luar biasa.
Boleh daftar ke sekolah lain
Tambahnya lagi, ibu bapa perlu mencari kaedah untuk menyedarkan diri dan bukan hanya melihat dati sudut prestasi akademik anak. Selain itu, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) juga tidak perlu menggesa MARA untuk membasmi pengaruh agama di sekolah. Hal ini kerana mereka boleh mendaftarkan anak mereka ke sekolah lain supaya dapat memberi peluang kepada pelajar lain yang ingin menuntut di MRSM.