berita

‘Ibu Bawa Balik Telekung Maryam Untuk ‘Slow-Slow’ Belajar Solat Di Korea’

July 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ibu Maryam Younare

Pempengaruh terkenal, Maryam Younarae memuat naik beberapa gambar bersama ibunya yang hadir menziarahinya di Malaysia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Durian Kimchi Menangis Anak Masuk Sekolah

Ibu nak belajar solat

Ibu Maryam Younarae

Menerusi perkongsian itu, Maryam berkongsi momen membawa ibunya ke masjid untuk menunaikan solat subuh serta menghadiahkan wanita itu telekung.

Menurut isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu, ibu tercintanya itu menyuarakan keinginannya untuk membawa pulang telekung itu ke Korea Selatan kerana ingin perlahan-perlahan belajar solat ketika di sana.

Ibu saya ikut pergi solat Subuh di Masjid pagi tadi, Alhamdulilah dan Insya-Allah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya.

Sedih hantar ibu pulang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Dalam pada itu, Maryam turut meluahkan rasa sedih dan hibanya ketika mahu menghantar ibunya pulang ke Korea Selatan selepas beberapa hari berada di Malaysia.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, setelah hampir tiga tahun berkelana di Malaysia dia sangat merindui kasih sayang dari ibunya.

Justeru, kehadiran ibunya ke Malaysia membuatkan rindunya terhadap wanita itu sedikit terubat.

Saya di sini (Malaysia) sendirian tanpa keluarga sejak 3 tahun yang lalu dan saya telah mengharungi hidup saya sebagai seorang ibu kepada anak saya.

Sepanjang tempoh itu, saya banyak menghabiskan masa membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak lebih daripada diri saya sendiri sehinggalah ibu datang melawat.

Saya sedar saya juga perlu disayangi (oleh seorang ibu) seperti saya menyayangi anak perempuan saya. Saya dapat merasakan ikatan kekeluargaan itu apabila dapat berkongsi kegembiraan, ketawa dan kenangan bsersama ibu saya.

Saya tidak pernah menangis ketika melihat dia pergi meninggalkan saya tetapi hari ini saya menangis. Saya akan rasa keseorangan lagi tanpanya di sisi tetapi saya akan kuatkan diri sehinggalah saya akan bertemu dengannya lagi.

Respon netizen

Ibu Maryam Younare

Ibu Maryam Younare

Ibu Maryam Younare

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian Maryam itu dan mendoakan agar ibunya mendapat hidayah dan terus istiqamah dalam mencari ilmu tentang Islam.

Sekadar info, Maryam dan Ryzal yang begitu terkenal dengan jolokan DurianKimchi telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 yang lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah pun dikurniakan dengan seorang anak yang diberi nama Rina.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×