berita

Nama Princess Aura Dikait Alam Bunian, Ibu Akui Terlibat Aktiviti Paranormal Tapi…

October 5th, 2018 | by faris
Kini Trending

Viral di laman sosial apabila Jabatan Pendaftaran Negara mengumumkan nama terpanjang pernah didaftarkan adalah Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian.

Si ibu kepada kanak-kanak itu telah memberi penjelasan mengenainya dan apa yang menarik adalah dakwaan kononnya nama tersebut mempunyai kaitan dengan alam bunian. Betul ke?

Mengaku terlibat aktiviti paranormal

Wanita berkenaan yang menggunakan nama Puteri Tujuh di Facebook mengakui sudah lama melibatkan diri dengan aktiviti paranormal sebelum anaknya viral di laman sosial lagi.

Untuk makluman anda, Puteri Tujuh (ibu Princess Aura) sudah lama terlibat dalam aktiviti paranormal.

Aktiviti spiritual (kerohanian) Malaysia dan Indonesia, bukannya saya baru menjadi ahli spiritual setelah nama anakanda saya menjadi viral.

Ibu kepada 3 anak ini juga turut menegaskan netizen tidak berterusan melemparkan fitnah ke atas dirinya membabitkan dakwaan tidak masuk akal. Dia meminta kepada orang ramai mendiamkan diri jika tidak tahu-menahu tentang hal sebenar.

Ada pula pihak yang kata tok bomoh atau alam sebelah la dan sebagainya… Puteri Tujuh perhatikan sahaja komen satu persatu.

Kalau tak tahu tu jangan memandai-mandai, tak pasal-pasal cipta dosa percuma sahaja.

Nama Puteri Tujuh tiada kaitan bunian

Individu ini juga turut menafikan nama yang digunakannya mempunyai kaitan dengan alam bunian. Nama Puteri Tujuh dipilih kerana mempunyai alasannya tersendiri.

Dah pernah Puteri jelaskan dulu, nama puteri tu sebagai seorang perempuan atau wanita, tujuh tu sebab saya sendiri suka nombor 7 dan takde kena mengena dengan bunian. Lawak la netizen ni kadang-kadang.

Wanita ini juga turut berterima kasih kepada netizen yang banyak mendoakan kesejahteraan anaknya namun tidak kurang juga yang mengata mengenai pemilihan nama berkenaan.

Ujarnya lagi, penularan nama panjang anak bongsunya itu bukanlah keputusan dirinya namun disebabkan netizen sendiri yang menjadikannya viral di alam maya.

Sumber: Mstar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×