Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah meluahkan rasa syukur selepas kemelut rumah tangga anaknya bersama penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz telah selesai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Tak Tuntut Nafkah Idah, Mutaah & Harta Sepencarian Daripada Aliff Aziz – ‘Saya Tak Nak Panjangkan Kes Lagi’
Syukur dah selesai
Ketika ditemui OhBulan!, Siti Zarina berkata, dia bersyukur kerana doanya agar kemelut ini berakhir dengan jalan terbaik dimakbulkan Allah SWT.
Alhamdulillah, daripada malam tadi saya berdoa. Walaupun kita baru sahaja sampai dari Jakarta pagi tadi.
Syukur semuanya sudah selesai. Doa yang baik-baik itu sahajalah.
Siti berkata demikian ketika ditemui selepas Bella disahkan bercerai dengan Aliff di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kerika ditanya sekiranya ada ruang untuk Bella dan Aliff berbaik, Siti enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Ya Allah, yang itu… No komen.
Terdahulu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz membacakan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.
Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini.
Bella dilihat begitu tenang ketika lafaz cerai dibuat dan ibu kepada dua orang anak itu bersetuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.
Bella, 30, yang baru saja pulang dari Jakarta pada pagi Khamis diwakili Peguam Syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff, 33, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz diwakili Peguam Syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.
Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.
Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.