Terpengaruh dengan babak filem, seorang ibu tergamak menyembunyikan mayat anaknya dengan menanam dalam lubang di tapak pembinaan.
Artikel Berkaitan: Tiru Aksi Kartun ‘Tom & Jerry’, Kanak-Kanak Terjun Tingkat 26 Guna Payung
Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Bertindak Cekik & Tanam Bayi Berusia Lima Hari
Tiru babak filem
Sekadar gambar hiasan
Menurut laporan India Today, wanita yang berasal dari India itu menjadikan filem Drishyam sebagai sumber untuknya menyembunyikan anak lelaki berusia dua tahun yang dibunuhnya.
Difahamkan, kes pembunuhan yang dilakonkan dalam babak filem itu berjaya diselesaikan sehingga tiada tangkapan yang dibuat.
Suspek, Nayana Mandavi bertindak sedemikian untuk bersama kekasihnya di Jharkhand, India. Namun, perancangannya gagal apabila polis mengesan bahawa dia adalah suspek utama selepas dirinya membuat laporan.
Bukti pembunuhan
Sekadar gambar hiasan
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, dilihat suspek bersama anaknya di tapak pembinaan tempat suspek bekerja. Namun, suspek kelihatan keluar dari tapak itu berseorangan tanpa anaknya.
Suspek bekerja sebagai buruh di kawasan Dindoli, Surat. Dia turut menyertai pencarian anaknya selama tiga hari.
Suspek mengakui bertindak kejam sebegitu kerana keinginannya untuk bersama kekasihnya yang enggan anak lelakinya ikut sama.
Walau bagaimanapun, apabila disoal siasat, suspek memberi kenyataan bahawa kekasihnya yang menculik anaknya sebelum mengaku bersalah.
Apabila didesak pihak polis, suspek memberitahu lokasi sebenar mayat anaknya yang ditanam di tapak pembinaan yang bakal dijadikan tandas.
Sumber: India Today