Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak & Cucu, Netizen Doa Keluarga Kembali Bersatu – ‘Air Dicincang Tidak Akan Putus’
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak-Anak Ketika Kecil, Beri Bayangan Sedang Rindu? – ‘Sampai Menutup Mata’
Doa ibu
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Fauziah Sarman menulis coretan ucapan buat Shila.
Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah.
Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus-putus.
Dalam masa yang sama, Fauziah turut mendoakan puterinya itu menjadi isteri dan ibu yang baik.
Selamat hari lahir anakku Shila. Mak sayang kakak, mak doakan kakak menjadi isteri dan ibu yang baik, bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Allah.
Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan warganet turut memberikan ucapan buat Shila dan mendoakan agar perhubungan keluarga mereka berada dalam keadaan baik sahaja.
Sekadar info, konflik antara adik beradik Shila Amzah menjadi perhatian ramai apabila pelantun lagu Patah Seribu itu mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Walau bagaimanapun, kenyataan Shila itu telah dinafikan dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Dakwa Syafiq, tujuan kakaknya itu mahu menjual rumah adalah disebabkan oleh wang manakala Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau keluar dari rumah.
Bukan itu sahaja, isu itu juga membuatkan Fauziah mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya seakan sudah tidak mengenali diri anaknya, Shila.
Sumber: Instagram Fauziah Sarman