Di Connecticut, Amerika Syarikat seorang kanak-kanak yang baru sahaja berusia enam tahun membelanjakan kira-kira sejumlah AS$16,000 (RM64,816) dari kad kredit ibunya untuk membeli permainan video dalam talian.
Insiden yang tidak disengajakan itu dipercayai apabila kanak-kanak tersebut bermain permainan Sonic Force di Apple App Store sebelum bertindak melanggan tawaran pembayaran.
Apple pulangkan wang
Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Jessica Johnson menyedari selepas terlihat caj sebanyak AS$106.3 (RM430.78) tertera beberapa kali pada penyata bank dan beberapa caj lain berjumlah keseluruhan AS$853.16 (RM3,456.15).
Saya menghubungi pihak bank mengenai transaksi mencurigakan itu sebelum mereka memberitahu saya perlu menyelesaikan kes itu dengan pihak Apple.
Saya bernasib baik kerana Apple akhirnya bersetuju untuk memulangkan sebahagian wang AS$10,553.86 (RM42,753.69) kepada saya.
Tidak sedar anak buat pembelian
Gambar sekadar hiasan
Tambah Jessica Johnson lagi, akaun Paypal miliknya disambung terus kepada iPad yang ketika itu dimainkan oleh anaknya dan mengakibatkan kejadian itu berlaku.
Tetapan pada iPad saya mungkin ditetapkan untuk memasukkan kata laluan sekali saja hingga kad kredit saya dapat dicaj terus ketika anak membuat pembelian pemainan video.
Saya sendiri tidak sedar keadaan itu membolehkan anak saya terus membuat pembelian tanpa memerlukan kata laluan.
Kejadian itu, memberikan saya pengajaran berguna hingga saya lebih peka dan mempelajari beberapa tetapan untuk keselamatan gajet.
Sumber: Harian Metro, Good Morning America