Luluh hati seorang ibu apabila anaknya didapati lumpuh selepas ditendang di bahagian kepala oleh seorang rakannya di sekolah.
Artikel berkaitan: Lumpuh Akibat Kecuaian Hospital, Budak Dua Tahun Menang Saman RM5.6 Juta
Tegur rakan sebar video lucah
Menerusi perkongsian dibuat seorang wanita di Facebook, dia mendapat berita mengenai anaknya yang bernama Malik ElFikry ditendang di sekolah hanya kerana menegur rakannya menyebarkan video lucah menerusi kumpulan WhatsApp sekolah.
Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling ditakutkan.
Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.
Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu.
Difahamkan, anaknya yang bertugas sebagai seorang ketua kelas di sekolah menegur tindakan rakannya itu sebelum menerima sepakan curi dari bahagian belakang sekaligus mengakibatkan anaknya itu kelumpuhan.
Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi)
Namun dia berasa sangat bersyukur kerana menurut doktor, sekiranya tendangan rakannya itu terkena sedikit di bahagian bawah yang berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.
Ketika artikel ini ditulis, wanita berkenaan memaklumkan bahawa anaknya itu kini sudah mula boleh menggerakkan sedikit kaki dan tangannya namun ujian MRI masih perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.
Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya daripada sebarang kemudaratan dan mengatakan laporan polis berhubung kejadian telah pun dibuat.
Sumber: Facebook