Gara-gara membuat kesalahan mengintai dan menghendap (stalking) anak perempuan sendiri, seorang ibu di Korea Selatan dihukum penjara selama enam bulan oleh sebuah mahkamah di daerah Daejeon.
Artikel Berkaitan: Polis Jumpa Kondom Baru Guna & RM200, Ibu Tunggal Mengaku Salah Buat Bisnes ‘Jual Badan’
Hantar 306 unsur ‘penderaan’
Memetik laporan Independent UK, tertuduh yang berusia dalam lingkungan 50-an itu disyaki membuat kesalahan dengan cara menghantar 306 teks serta menghubungi anak perempuannya itu sebanyak 111 kali antara Disember 2021 dan Mei 2022.
Difahamkan pada awalnya kandungan mesej yang dihantar merupakan permintaan yang biasa seperi memintanya untuk membaca Injil dan bertanya mengenai kediamannya namun mesejnya tidak dibalas anak perempuannya itu.
Berang dengan tindakan anaknya itu, si ibu terus menukar kandungan mesejnya dengan cara menghina tingkah laku seksualnya serta melakukan ‘penderaan’ melalu atas talian. Namun, si anak tetap enggan membalas mesej-mesej yang dihantarnya.
Sementara itu, pihak mahkamah diberitahu bahawa tertuduh juga terbabit dalam menghendap mangsa secara fizikal selepas didapati membuat lapan lawatan ke kediaman anak perempuannya dengan menyelinap masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran.
Lebih teruk, tertuduh tetap ingkar dengan arahan injuksi yang telah dikeluarkan pihak mahkamah selepas dia menceroboh rumah anaknya itu sebanyak enam kali lagi.
Mahkamah kemudiannya menolak pemintaan pembelaan dari tertuduh meskipun mendakwa tindakan yang dilakukannya itu tidak disengajakan dan tidak dirancang.
Sumber: Independent UK