Seorang wanita berusia 35 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas cedera parah akibat sari yang dipakainya tersangkut pada pintu kereta api di Stesen Metro Inderlok, India.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cuba Buka Pintu Tren MRT Sedang Bergerak, Wanita Disiasat Pihak Polis
Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Wanita Maut Diseret Kereta Sejauh 12 KM, Lima Pemuda Ditahan Bantu Siasatan
Diseret beberapa meter
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Wion News, wanita yang dikenali sebagai Reena, merupakan seorang balu yang kehilangan suami sejak tahun 2014.
Reena pernah menjual sayur-sayuran untuk menyara keluarganya di mana dia mempunyai seorang anak lelaki 10 tahun serta seorang anak perempuan yang berusia 12 tahun.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Reena telah memasuki kereta api namun, dia berpatah balik untuk mendapatkan anaknya yang ditinggalkan.
Ketika itu, sarinya tersangkut pada pintu dan dia diseret beberapa meter selepas kereta api itu mula bergerak.
Wanita berusia 35 tahun itu, segera dikejarkan ke Hospital Safdarjung dan mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian otak dan dada sebelum dia disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.
Menurut doktor yang merawatnya, Reena berada dalam keadaan kritikal apabila dia tiba dalam “keadaan tidak sedarkan diri”.
Dia mengalami kecederaan axonal diffused (yang berlaku akibat kecederaan tumpul yang menyebabkan otak berputar dan beralih pantas di dalam tengkorak) dan juga patah tulang di sebelah kanan kepala.
Sumber: Wion News