berita

Ibu Geram Bayi 4 Bulan Disuap Kurma & Buah Pear Sehingga Cirit-Birit Melebihi 30 Kali – ‘Penangan Konon Nak Bagi Rasa’

April 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Uda Meknul

Tindakan seorang individu yang dipercayai menyuap buah kurma dan pear kepada bayi berusia empat bulan mengundang padah apabila bayi ini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Uda Meknul menerusi satu hantaran di laman Facebook.

‘Doakan baby uda sihat ‘

Foto: Uda Meknul

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu berkenaan yang sesuka hati menyuap makanan kepada anaknya. Wanita ini mendakwa anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan mengalami berak berdarah.

Ikutkan hati nak je uda saman. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi makan bagi rasa bagi segala tok nenek paham? Bila kita marah mengamuk, cakap la konon orang dulu ok je, orang bandar tak reti apa?

Penangan konon bagi ‘rasa’ kurma & buah pear. Lain kali buat dekat anak sendiri jangan usik anak orang!

Apa yang lebih menyedihkan, apabila kanak-kanak kecil itu mengalami cirit-birit lebih daripada 30 kali dan cirit berdarah berkali-kali.

Kita normal cirit 3-4 kali pun dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita ni 30 kali lemahnya semangat bila tengok anak yang ditunggu selama 8 tahun jadi macam ini.

Wanita ini dalam masa yang sama turut memberikan peringatkan kepada orang ramai supaya tidak sesuka hati menyuap makanan kepada anak orang lain tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.

Harap parents lain alert dan tegas dengan anak masing-masing, kalau boleh jangan bagi orang sentuh baby pun. Biarlah nak cakap apa sebab sakit kita anak beranak yang menanggung.

Sumber: Uda Meknul

SKIP THIS AD ×