berita

Ibu Hamil 9 Bulan Maut, Bayi Terkeluar Dari Rahim Dalam Nahas

February 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Pasir Mas, Kelantan, seorang ibu hamil sembilan bulan maut dalam keadaan menyayat hati dengan anak yang bakal dilahirkan terkeluar dari kandungan selepas terbabit dalam nahas di Kampung Banggol Stol Repek.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, Nor Haliza Abdul Yazaib, maut di lokasi selepas motosikal ditunggang bersama seorang lagi anaknya yang berusia enam tahun bertembung dengan sebuah lagi motosikal dinaiki seorang pemuda.

Bayi terkeluar dari kandungan

Lebih memilukan, bayi lelaki yang terkeluar dari kandungan mangsa terbabit disahkan turut meninggal dunia selepas kira-kira lima jam dirawat Hospital Pasir Mas (HPM). Menerusi laporan Utusan Malaysia, pemuda yang bertembung dengan mangsa, turut disahkan meninggal dunia pada pukul 10.45 malam ketika dirawat di HPM.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, semasa kejadian, Nor Haliza bersama anak perempuan berusia enam tahun dalam perjalanan dari rumah ke kedai runcit. Apabila tiba di lokasi, motosikal jenis Yahama Y-15 yang ditunggang seorang pemuda dipercayai telah memasuki laluan Nor Haliza, lalu bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave ditunggang wanita itu.

Kesan pelanggaran itu mengakibatkan Nor Haliza meninggal dunia dan bayi dalam kandungan telah terkeluar. Ketika itu bayi masih lagi bernyawa dan dibawa ke HPM untuk rawatan lanjut.

Tambah Mohd. Nasaruddin, seorang lagi anak mangsa, Nurul Iman Maisara mengalami kecederaan yang parah dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPM.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×