berita

Ibu Hamil Disambar Petir Ketika Berteduh Bawah Pokok, Kandungan 8 Bulan Meninggal Dunia

February 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa seorang wanita hamil dari Desa Bolua, Kecamatan Raijua, Indonesia selepas disambar petir ketika sedang berteduh pada Rabu yang lalu (23/2/2022).

Bagaimanapun, anak dalam kandungannya tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia.

Ibu hamil disambar petir

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media tempatan, wanita cekal dikenali sebagai MR berusia 22 tahun sedang sarat mengandung lapan bulan dan ketika kejadian dia bersama suaminya sedang berteduh di bawah pokok asam jawa.

Mangsa yang hamil lapan bulan terkena panahan petir.

Cuaca ketika itu dilaporkan hujan lebat serta kilat dan pasangan ini bersama seorang anak lelaki sedang menaiki motosikal untuk pulang. Susulan daripada itu, mereka mengambil keputusan untuk berteduh di bawah pokok terlebih dahulu sebelum terkena panahan petir.

Kilat mula menyambar

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, panahan kilat tersebut menyambar dan membakar tubuh wanita malang ini dan suaminya pengsan di tempat kejadian serta mengalami luka. Wanita ini juga tidak sedarkan diri dan bayi dalam kandungannya dilaporkan sudah meninggal dunia.

Pasangan ini ditemui oleh penduduk setempat sebelum dibawa ke Hospital Menia, Kabupaten Sabu Raijua bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketika ini, wanita hamil sedang dirujuk ke Hospital WZ Yohanes Kupang untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan mereka.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×