berita

Ibu Kejam! Dera Anak Kecil Sampai Mati, Siap Sumbat Mayat Dalam ‘Luggage’

July 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nao Hosaka

Seorang ibu serta beberapa orang adik beradiknya bertindak kejam selepas didakwa mendera anak kandungnya hingga maut.

Sudahlah dipukul hingga mati, mayat mangsa juga didakwa disumbat di dalam beg pakaian sebelum dibuang di padang rumput berhampiran rumahnya.

Artikel Berkaitan: Penderaan Ibu Tiri Terbongkar, Didakwa Pukul Anak Kerana Tak Faham Pembelajaran

Sumbat dalam bagasi pakaian

Nao Hosaka

Memetik laporan The Japan Times, mangsa yang dikenali sebagai Nao Hosaka, 6, didakwa dipukul dan didera oleh ibunya, Saki Hosaka, 34, abang kepada ibunya, Daichi, 32, serta kembar keluarga itu, Tomomi dan Asaka yang berusia 30 tahun.

Selain bersama keluarga, Nao juga tinggal bersama-sama dengan neneknya yang berusia 57 tahun di sebuah pangsapuri.

Penahanan keempat suspek itu dibuat selepas pihak polis menjumpai nenek Nao yang cedera di tepi jalan dipercayai dipukul oleh kesemua suspek.

Bukan sahaja memukul, mereka juga disyaki mengurung wanita itu di dalam almari di pangsapuri mereka.

Ketika ditahan, Saki memaklumkan bahawa mereka empat beradik membawa mayat Nao yang disumbat dalam bag ke lokasi penanaman sebelum membawa penyiasat ke kawasan tersebut yang terletak kira-kira 800 meter dari pangsapuri mereka.

Kegiatan mereka itu juga dapat dilihat menerusi rakaman video kamera keselamatan (CCTV) yang diperoleh pihak polis.

Disyaki didera setiap hari

Nao Hosaka

Gambar sekadar hiasan

Hasil siasatan yang dibuat pihak polis, mereka mengesyaki Nao didera pada setiap hari semasa hayatnya kerana terdapat kesan lebam terutama sekali pada bahagian belakang badannya.

Kematian Nao disyaki berpunca daripada kejutan traumatik akibat dipukul dengan menggunakan logam paip pada 19 Jun yang lalu.

Melihat pukulan yang serius itu dilakukan terhadap badan Nao, polis mempertimbangkan pertuduhan tambahan terhadap suspek iaitu meninggalkan mayat serta kegagalan untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecederaan.

Bukan itu sahaja, polis juga membuat kesimpulan bahawa suspek mempunyai sama ada niat membunuh atau tidak sengaja membiarkan mangsa mati, yang sepatutnya membawa kepada kesalahan membunuh.

Polis turut merampas beberapa objek berbentuk kayu termasuk paip logam dari pangsapuri itu.

Sumber: The Japan Times

SKIP THIS AD ×