berita

Ibu Lahir Sendirian Tarik Bayi Sehingga Kepala Terputus, Tertinggal Dalam Rahim

July 17th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang ibu di Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia melalui detik tragis apabila anak pra-matang yang dilahirkan terputus kepala dan masih tertinggal di dalam rahim. Wanita yang dikenali sebagai EK dipercayai melahirkan dengan cara sendiri tanpa bantuan dari pihak lain. 

Tubuh dibungkus sebelum digantung

EK hanya menarik anaknya dengan cara sendiri di rumahnya yang terletak di Desa Kajowir, Kabupaten Sikka, Kepulaun Nusa Tenggara, Indonesia pada 12 Julai lalu.

Kejadian berlaku pada pukul 2 pagi itu membuatkan dia panik lalu membungkus tubuh bayi yang dilahirkan itu dalam bungkusan plastik sebelum digantung di atas bumbung rumahnya.

EK telah membawa jenazah bayi tersebut pagi keesokannya harinya berjumpa dengan Bidan Desa Kajowir terlebih dahulu sebelum mereka berdua ke Pusat Kesihatan Hewokloang bagi mendapatakan bantuan perubatan mengeluarkan kepala bayi tersebut.

Siasatan jenayah

Menurut Pegawai Polis Wilayah Sikka, Iptu Margono mereka menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan mereka juga dalam siasatan sama ada ianya merupakan perbuatan jenayah ataupun tidak.

Pihak polis juga memanggil dua orang saksi kejadian untuk memberi keterangan di mana salah seorangnya merupakan suaminya. Menurut pihak doktor, EK melahirkan bayi pra-matang kerana berasa kepenatan selepas berjalan kaki pulang ke rumahnya dari rumah saudaranya yang terletak 500 meter dari rumahnya.

Sumber : Pos-Kupang.com

SKIP THIS AD ×