Seorang wanita berasal dari Kuala Lumpur mencari mana-mana individu yang sudi untuk membesarkan anak di dalam kandunganya selepas dia melahirkan.
Artikel Berkaitan:‘‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin
Artikel Berkaitan: Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Gugur Anak Luar Nikah – ‘Ibu Minta Maaf Ya Nak’
Cari penjaga anak luar nikah
Menurut wanita tersebut, kandungan yang sudah berusia enam bulan itu merupakan anak tidak sah taraf (luar nikah).
Assalamualaikum. Saya ada baby dalam kandungan untuk diserahkan (anak luar nikah).
Sekarang kandungan dah berusia 6 bulan, jantina lelaki. Baby sihat walafiat. Saya stay area KL.
Wanita tersebut memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok.
Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata dia tidak mahukan sebarang wang saguhati, tetapi cukup sekadar menanggung kos kelahiran dan menjaga zuriatnya dengan baik.
Saya cuma mintak tanggung cost check-up dan bersalin je (hospital swasta). Saya tak nak saguhati.
Cuma mintak ehsan, jagalah anak ini sebaik yang mungkin. Jaga seperti anak sendiri. Harap tuan dan puan faham.
Minta sangat supaya jangan kecam saya. Saya dah buat solat taubat sebelum saya dapat tahu yang saya bawak nyawa lain dalam badan saya.
Saya dah tak tahu nak buat apa. Ini je jalan penyelesaian yang saya ada.
Sumber: TikTok