berita

Ibu Muda Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Tinggal 6 Anak Kecil

August 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi mengambarkan situasi di mana enam beradik yang terpaksa akur dan reda apabila ibu tersayang dijemput Sang Pencipta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janji Nak Balik, Tak Sempat Jamah Rendang Kesukaan, Warga Emas Sayu Anak Meninggal Akibat Covid-19

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Van Bawa Jenazah Covid-19 Lalu Rumah Ahli Keluarga Undang Sebak, Penghormatan Terakhir Buat Keluarga

Al-Fatihah

Foto: Shahanim Mohamad Yusoff

Kisah mengundang sebak ini dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shahanim Mohamad Yusoff, menceritakan kisah seorang ibu tunggal yang meninggal dunia berikutan mendapat jangkitan Covid-19.

Seorang lagi ibu muda tewas akibat Covid-19. Segalanya Kehendak Allah. Ibu tunggal meninggal dunia dan meninggalkan 6 orang anak kluster kilang. Ya Allah kuatkan hati ini dan kami semua. Sihatkan diri kami semua untuk terus membantu.

Menerusi ruangan komen, rakan baik kepada arwah menjelaskan dia sudah meminta kawan baiknya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan ubat dan membuat ujian swab. Arwah bagaimanapun, menjelaskan sudah mengambil ubat sebelum dijemput Allah S.W.T. buat selama-lamanya. Difahamkan, arwah sudah lama bercerai dengan suaminya.

Sahabat baik saya ni Dato, terima berita dari adik arwah pukul 8.30pagi. Dia meninggal pukul 7.30pagi. Last call saya 27.7.2021. Baru ni bagitahu dia demam-demam and suruh pergi klinik buat swab test dia cakap dah pi klinik ambil ubat.

Salam takziah!

Sumber: Shahanim Mohamad Yusoff

SKIP THIS AD ×