berita

Ibu ‘Pening’, Anak Nak Tukar Nama Sebab Ada Nama Sama Dalam Kelas

March 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Umumnya mengetahui, minggu ini merupakan minggu pertama buat pelajar sekolah belajar secara bersemuka dengan guru, setelah lama kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dipraktikkan susulan pandemik Covid-19. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat murid-murid darjah satu yang merupakan ‘newbie‘ di sekolah. Pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh mereka dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Adik Pergi Sekolah, Abang Yang Nangis’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Hari Pertama Sekolah Dah Buat Hal, Penat Nak Kejar Kau Dik!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lain Macam Awning Dia..’ – Gelagat Cikgu Lelaki Betulkan Tudung Murid Bikin Terhibur, Terlebih ‘On Point’ Ni!

Terbaru, seperti perkongsian seorang ibu dikenali Umi Humaira, menerusi Kelab Anak Sepahkan Apa Hari Ini? tampil menceritakan ragam anaknya di sekolah. Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata terhibur dengan kisah itu.

Boleh tak nak tukar nama?

Foto: Umi Humaira

Menerusi status tersebut, si ibu mula risau apabila anaknya hanya mendiamkan diri apabila pulang dari sekolah. Walaupun pelbagai soalan diajukan namun, anaknya hanya diam seribu bahasa seakan-akan protes terhadap sesuatu.

Balik sekolah muka agak kerisauan..umi cuba tanya..kenapa kakak? penat ke? Dia diamm seribu bahasa..Umi tanya lagi..kenapa kakak? cerita la dengan umi..

Namun, atas desakan demi desakan, si anak terpaksa akur dengan kehendak ibunya dan menjawab persoalan yang telah diajukan. Apa yang lebih melucukan, apabila jawapan spontan anaknya yang ingin menukar nama lain disebabkan terdapat rakan sekelasnya yang mempunyai nama sama dengannya. Aduh dik kelakar lah!

Umi..boleh tak kakak nk tukar nama…sebab dalam kelas kakak ada nama sama macam kakak
Ohhhh jemmmm umi memikir.

Setelah mendengar luahan tersebut, si ibu hanya terdiam dan agak mustahil baginya untuk merealisasikan hasrat anaknya itu.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman yang sama dilalui oleh adik itu. Tidak berakhir di situ, mereka juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat pelajar itu untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu.

Jangan risau lah dik! Nama je sama, tapi muka tu lain-lain, cikgu kenal je.

Sumber: Umi Humaira via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

SKIP THIS AD ×