berita

Ibu Rayu Bantuan, Terpaksa Berhenti Kerja Jaga Anak Terlantar Sakit Akibat Kemalangan

August 21st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Membesarkan empat orang anak tanpa suami disisi bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi itulah yang terpaksa ditempuhi oleh seorang ibu yang hanya dikenali sebagai Puan Faridah.

Hasil perkongsian seorang pengguna Facebook, difahamkan Puan Faridah terpaksa berhenti menjalankan tugasnya sebagai pengasuh bagi menjaga tiga orang anak yang terlantar sakit selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Tiga anak terbaring sakit

Melalui perkongsian Natipah Abu di Facebooknya, tiga dari empat orang anak Puan Farida telah terlibat dalam satu kemalangan apabila motor yang ditunggang anak sulungnya dan dibonceng lagi dua orang anaknya merempuah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba memasuki simpang tanpa memberikan lampu isyarat.

Kejadian yang berlaku pada 14 Ogos lalu jam 8.30 malam itu mengakibatkan mereka bertiga cedera parah dan terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari. Akibat kemalangan itu, anak sulungnya yang berumur 18 tahun mengalami patah tangan dan menerima beberapa jahitan manakala dua lagi anaknya yang hanya dikenali sebagai Nurliayan, 12 mengalami patah tangan dan Mohd Afiq, 11 mengalami bengkak di tubuh.

Apa yang lagi menyukarkan keadaan mereka apabila Mohd Afiq yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu masih tidak boleh bangun. Menurut saksi kejadian, Mohd Afiq tercampak dan melambung di atas jalan raya.

Terpaksa penuhi rawatan susulan

Semoga dengan kesemuafakatan jariah kita hari ini, akan mempermudahkan dan meringankan penanggungan Puan Ida yang sedang diuji ini.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah datuk mereka yang terletak tidak jauh dari rumah mereka sendiri. Akibat dari kemalangan tersebut, Puan Ida sekeluarga terpaksa tinggal di rumah ibu dan ayahnya kerana memerlukan bantuan menguruskan anak-anak.

Selain itu, seorang lagi anak Puan Ida yang tidak terlibat dalam kemalangan itu juga antara yang memberi bantuan bagi menjaga dan merawat adik-beradiknya yang sakit. Puan Ida yang terpaksa berhenti dari tugasannya bagi memenuhi temujanji rawatan susulan di hospital bagi tiga beradik itu kehilangan salah satu punca pendapatannya selain dari zakat yang diterimanya.

Selari dengan Jumaat yang barakah ini, Natipah Abu sedang mengumpul dana bagi Sedekah Jumaat buat membantu keluarga ini. Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan buat Puan Faridah, anda boleh salurkan terus ke akaun Maybank Natipah Abu 552107617521

Sumber : Natipah Abu

SKIP THIS AD ×